Tuesday, December 27, 2011

My thought

First of all, aku nk mintak maaf terlebih dahulu kalau2 ada a few people akan terasa dengan apa yg aku nak cakap ni. Maybe juga some of u will said "kalau dah tau kontroversi baik tak payah tulis," tapi bila fikir balik konsep ini blog aku suka hati aku kalau tak suka please tekan pangkah kt atas hujung belah kanan tu so aku teruskan je lah kot.

Hmm...

Semalam aku BBM dengan kawan aku Anim. Then terkeluar la satu topik. Pasal perangai2 manusia. Ok satu contoh. Ini terjadi depan kalangan kawan2 aku sendiri juga and senang nak cakap saudara seagama dengan aku ISLAM.

Dalam Islam kita semua tahu...even non-muslim pun tahu babi atau adik beradik dengan dia adalah haram untuk dimakan. Sudah tertulis di dalam al quran. Please correct me if i am wrong, dalam quran tu setahu aku dia tulis "haram memakan babi maka jauhi la ia" lebih kurang la maaf aku tak hafal ayat quran dan baca pun merangkak. Sok2 aku rasa nak google la pasal isu ni untuk lebih aku paham. Insya allah.

Jadi, aku nak tanya maybe ade yang membaca ni dari golongan cerdik pandai. Maksud JAUHI tu ade ke kita muslim ni disuruh juga :

Bila tengah sembang-sembang tersebutlah pasal cerita like "semalam aku nampak Ah Meng makan daging tu....[selalu org kita -aku refer org seagama dengan aku la tu, tak mau sebut perkataan babi, selalu sebut la ba alif ba ya la... bab la..ok la suka ati korg la... babi tak elok sebut mencarut kot tapi pork tak pe pulak?]. [Ok ni kawan aku yang buat eh aku tak cakap korang] pantang sebut perkataan babi tu mula la dia buat geli-geleman siap uwek- uwek nak termuntah. So soalan aku balik, kena buat camtu eh dekat benda yang haram di makan. Kenapa nak tunjuk action macam tu, kalau tak tunjuk aku tak tau ke babi tu tak boleh dimakan. Tolonglah inform aku ada hadis or sunah yang tulis kena buat expression benci dekat benda2 haram ni. Maybe dari kecik kawan aku ni dah biasa geli- geli macam tu bila dah tua benda tu dah sebati kan so auto bila sebut je jadi kembang tekak la kan? 

Aku pun kembang tekak jugak la tapi aku kembang tekak bila aku kena sumbat dengan daging tu. Setakat ni alhamdulillah la aku masih ada akal nak beza mana halal mana haram. Tapi makanan - makanan shubahah tak tahu la aku berapa banyak dah telan. Harap Allah ampunkan dosaku. Senang cerita benda Allah larang jangan buat tu je. 

Kita ni duduk dekat negara Islam alhamdulillah la kan tempat makan still lagi boleh pilih kalau ko rasa was-was makan kedai makan cina or india ok up to you tak payahlah masuk kan . Bersepah gerai melayu or kedai makan islam ko boleh letak pungkoq. Silakan la sapa tak larang. Tapi sapa yang dah biasa pergi tempat majoriti bukan org islam nak tak nak kadang-kadang ko kena jugak makan dalam kedai yang ko sendiri tak pasti agama tuan punya kedai kan? Kadang-kadang ko terpaksa jugak duduk sebelah orang makan benda agama islam tak boleh makan sambil tu jugak ko kena telan makanan ko. Kembang tekak?Kalau aku macam aku cakap aku kembang tekak kalau aku kena telan benda tu jugak. So far Allah tak la lagi bagi aku rasa perasaan geli even tengok gambar daging yg rupanya lebih kurang mcm daging biasa je tu. Hahaha. So hati aku cekal hadap makanan aku sambil berhadapan dengan kedai jual benda bukan2 ni. Maybe sebab aku rabun sama kot. Kan? Kalau layan sampai tak boleh makan sebab kawan ko makan benda ko tak boleh makan memang la ko mati tak makan.

Aku ni pulak jenis suka pikir perasaan orang lain dulu baru ape aku rasa. Tu masalah kot. Ke tu satu kelebihan sebab kadang2 aku boleh jadi kaunselor rela dengan kawan2. Hahaha. So.. aku selalu pikir, "kalau la kita tengok kaum lain makan babi depan-depan dia kita dok buat uwek2 tu, apa la perasaan kita kalau dia pulak buat uwek2 depan kita sebab nampak kita makan daging lembu?".

Aku dulu pernah terorder pepperoni pizza dekat colleague aku dulu. Colleague aku ni cino alim2 lagi still tak makan daging. Menyesal tu sampai sekarang aku rasa. Ko bayangkan macam kwn ko beriya order babi asam pedas kat ko tapi ko tak boleh makan. Aku pernah kena wei masa kat Jepun yang diaorg ajak pergi makan soba tu?Remember?

Aku bukan la bermaksud nak cakap "pig is my favourite animal!". Tidak ye, jangan salah paham. Point aku ialah, kita cuba hormatkan org lain, apa dia makan apa dia buat tu memang budaya dia. Kalau dia tak makan benda kita tak makan [like benda haram ni] baguslah .. kalau diaorang boleh hormatkan kita [yes tak semua juga hormat islam, i know] apa salah kita hormatkan budaya depa. Aku tak la suruh kau mengikut pulak apa depa buat, aku suruh hormat. Hormat tu tak pulak bermaksud kau tunduk hormat tu, ko diamkan je pun dah kira hormat. Kalau ko rajin ko cerita la sebab apa Islam larang makan benda2 macam tu. Mampu? Hahah. Hah tak mampu duduk diam je. 

Jangan pulak korang jd sengal sewel macam minah sapa tu dulu sibuk bergambar sakan dgn babi tu? Ha itu memang akai letak kat kepala lutuit. Dah kau amik benda2 yang berkaitan dengan benda2 alah ni org suruh belajar bukan suruh kau bangga amik gambar tunjuk kat semua orang kau cool la pegang benda haram?Sewel.

Cerita pasal makan2 ni, last week sen-sei aku datang buat kunjungan balas ke Malaysia. Depan-depan ofismate aku semua dia cakap aku ni VEGETARIAN. Satu conference room tu gelakkan aku. Jilaka. nd masa lunch memang aku berlakon aku ni vege! Tertelan-telan tengok ayam goreng berempah [masa tu baru seminggu aku balik sini, ayam pun aku tak dan rasa lagi].Sian.

Ok dari nak merempan aku pergi cerita lain pulak. Oklah. Tujethanxbai.

Buyui

3 comments:

azataq said...

kan..gei konon bila dgr babi..tp ramai jer aku tgk org yg uwek2 kat babi tu...minum jer arak....sumbat muka dlm tanah baru tau...

jejaka anggun said...

aku beli burger ayam mcD kat US, buang bacon tpi yg lain makan. ko mampu? sebab aku dah lapar giler!

buyuiazliana said...

JA: bacon tu x boleh mkn ke? ops!haha!