Friday, December 9, 2011

Malaysia vs Japan

aku berjaya sampai di "texas" tepat pukul 8.30 pm semlm. Dari KLIA lagi aku dah called RJ, cakap betapa teruja nya aku dah sampai tanah air sendiri sambil nak lompat2 bintang! Huduh bebenor rasanya kalau aku buat bebetol. Perasaan tu tak tergambar. And bila aku masuk ke kedai2 di KLIA aku rasa macam satu kepuasan dapat bercakap BAHASA MELAYU dengan hati yg lapanggg...seriyess even org kedai buat bukan buat memang tak nak layan aku pun. Pedulik!

Bila aku masuk ke Guardian sebab nak beli krim gatal, [ye aku kena penyakit gatal2 nak2 lagi bila aku memang sedia gatal ni dari dalam luar lagi gatal lagi kronik aku rasa] bila penjaga kaunter tu dengan muka masam melayan customer di depan aku tu, membuat aku tersenyum sendiri. "jauh benar dengan penjaga kaunter di Jepun". Well , what to do..adat dan budaya kita sah2 tak sama dengan orang kan?

Pagi ni aku drive, aku nampak pulak org gila yang jalan kaki tengah panas terik. Aku tergelak, sebab aku terpikir RJ pernah cakap dekat aku "Anda..dekat Jepun semua orang jalan kaki tak de hal, kalau dekat sini jalan kaki ORANG GILA je jalan kaki, dengan panas nak mati, gila lah kalau jalan kaki kat Malaysia ni," Hahaha.

Mana yang elok kita ikut, yang tak elok jadikan panduan -peribahasa aku garap sendiri aku rasa.

Buyui

2 comments:

jejaka anggun said...

sesuaila ngan dato K, dia pun suke berjalan tgh panas....

buyuiazliana said...

ko nk ckp dato k gila ke sbb suka jln tgh panas?haha