Wednesday, July 13, 2011

what do you think?

Mungkin sudah menjadi hakikat hidup manusia. Perwatakkan seseorang mencerminkan keperibadian. Seperti yang kita tonton di tv, asal pelakon tu rupa macam sundel mesti nak berlakon watak jahat. Kalau kena berlakon muslimah sejati, abes klise watak sebagai wanita muslimah sejati. Peribadi klise wanita muslimah sejati korang nilai la sendiri.

Tapi kalau di alam realiti, betul ke perwatakkan mencerminkan peribadi seseorang itu? Orang yang pakai tudung, solat 5 waktu tak pernah bercakap walau perkataan "shit!" sekalipun bila tiba-tiba ada rempit mana hala cross di depan sampai dia kena break emergency?Betul ke kalau situasi macam ni dia akan beristifar sambil berkata "Astaghfirullah, ya allah selamatkanlah hidup rempit ni,". Betul ke?

Atau kalau perempuan itu bukan muslimah sejati sekalipun ada ke bila dia mengalami situasi yang sama dia akan cakap "Celakalah kau ni, dah lama hidup ke?!" . Betul ke dia tak pernah cakap macam muslimah sejati tu cakap? Ye ke?

Entah. Bagi aku , aku cakap je, asal aku nak maki aku hamunkan aje. Tindakan luar kawal. Dan aku mengaku, aku gelak kalau baca lawak "kotor" or aku sendiri yang akan buat lawak "kotor". Mungkin untuk mengisi masa lapang aku. Hahah!Bangang betul bunyinya. Macam aku ni gila tengok porn pulak di waktu senggang. LOL.

Lawak orang kahwin. Korang pernah dengar istilah tu?Orang kahwin selalu halau orang tak kahwin macam aku, konon aku tak boleh dengarlah lawak diaorang tu. Kadang-kadang aku curi dengar dan sambil buat muka bodoh konon2 tak paham dan dalam hati aku lalu berkata "Eleh akak ni, lawak ni aku dah dengar masa aku belajar lagi kot, korang gelak macam baru 1st time buat lawak. Lemau.". Konon tak nak bagi aku dengar, silap2 lawak tu aku cipta dulu lah wei.Haha!Eh. Entry ni bukan tujuan nak cakap aku jaguh lawak "kotor".

Tipulah kalau semua diri kita ni tak tergelak sikit pun, or tak cakap sikit pun,or tak carut sikitpun kan?Maybe la kalau kau alim sangat tak la kot korang gelak depan orang, maybe pergi tempat tersorok seperti tandas dan melepaskan gelak terbahak terkahak?Sapa tau. Tapi aku as normal human being aku gelak je. Sebab tu setiapkali aku jawab soalan PTD dulu or KPLI aku selalu gagal sebab dia tanya soalan "KADANGKALA anda ketawa mendengar lawak lucah". Aku jawab TIDAK. Sebab, aku SELALU tergelak bukan KADANGKALA dah. Jangan jadi macam aku. Buruk perangai.Tapi hati aku lapang. Tak sesak.

Tapi aku gurau "kotor" bila aku bersama orang yang aku selesa la. Apa ke gila aku nak bergurau macam tu dengan boss?Orang baru kenal or abah aku?Nak mati? Cuma aku maki hamun jugaklah kalau aku bengang tahap nak mati bila aku bercakap dengan abah. Cuma bukan maki hamun kat dia. Bagi dia dengar je ketidakpuasan hati aku ni.

Kalau aku dah biasa dengan kawan-kawan aku especially, lagilah kan. Memang main cakap lepas je. Aku pernah terkesima bila dapat ayat macam ni dari orang yang mungkin aku berasa terlalu selesa.

"Ko ni bercakap... kalah orang dah kahwin'"

Yes, kesilapan aku sendiri. Selalu cakap benda "kotor". Tengok kawan ko sendiri pun tak suka.

Maksudnya kepada sesapa yang benak di sini, kawan aku tu nak cakap aku ni melebih gurau kalah dia yang dah ada pengalaman la.

Aku ke tak elok, ke dia yang dah berubah?

Orang yang mulut berbau tak ketara sangat baunya kalau dia bukan bermulut "kotor".Tapi kalau mulut berbau wangi pun selalu cakap "kotor" terus kena cop dia ni peribadi tak elok.

Again, perwatakkan mencerminkan peribadi kan?

Korang rasa macam mana?

Buyui

9 comments:

Cherrylicious said...

ala nok..ada jer org solat 5 waktu x tinggal pon nok..kalau dia nak maki hamun..keluar jugak nok..xpecially ditgh jalan nok...x leh elak..ada satu ni aku x tau ler dia solat ker x...tp tudung labuh giler...laki dia pon selalu gak perli aku x dtg kelas kan..tp hari tu serempak kat klinik..ada minah cina pakai seluar mmg pendek giler..depa kotok jugak nok..baik jgn pakai langsung katanyer...yg sepatut nya dia ckp..astagfirullah....kan

jejaka anggun sangat yg muslimah said...

entahlah, shaz rasa shaz x layak nak bagi komen sebab shaz redha dengan ketentuannya... (betulkan tudung). *sile baca dgn nada suara liyana jasmay dlm citer maut yg ko rasa nak lempang2 itu.

buyuiazliana said...

cher : kan x patut tu..islam tu kan tertib...?

shaz muslimah : awak [tetiba awak] pakai tudung apa?tudung wardina ke?tudung ct ke?ke tudung saji?

apa2 pun saya pun redha dengan ketentuannya [sambil betulkan kain semayang-tak nak kalah ni]

azataq said...

lupa lak aku nak kata...tgh betulkan sejadah...hurmmmm

buyuiazliana said...

cher : haha!nak jugak...ok...marilah ke usrah :)

Anonymous said...

terkesima dgn entry panas, seriyes n jujur ni. Noks........ manusia yg berubah la...ko mesti perasan kan, ramai je yg dulu lain sekrang lain.
Dan....perwatakan memamgn akan sedikit sebanyak mempengaruhi keperibadian. ye adik2...(bayangkan aku Aaron Aziz pakai kupiah n kain pelekat nk pg masjid..mcm cite Stanza cinta tu..opppsss kantoi tertengk cite tu..tetap tak nak kalah kan?)..again, perwatakan memang sedikit sebanyak mempengaruhi keperibadian. tapi malasahnye zaman sekrang..dah terlalu ramai yg menjadikan perwatakan ikut ikutan...sebagai contoh..kalau aku pakai kopiah, seriyesly aku akan automatic tidak akan menuturkan kata dusta nista mahupun cuba menekel awek depan masjid..ooopppsss kes aaron aziz lagik. sebab aku in a way hormat kopiah tu as a perwatakan muslim.
soo...kesimpulan..sekrang dah terlalu ramai yg menjadikan eprwatakan sebagai "trend" yang akhirnya diorang sendri tak dapat menghayati apa yg perlu, patut n tak patut dilakukan bila diorang "berpewatakan" sebegitu..

buyuiazliana said...

sapa tu aaron aziz? :P

Anonymous said...

Aaron Aziz suka makan tauge :)

buyuiazliana said...

ni abg aaron ka???hahahaha!