Sunday, February 3, 2013

Kak ni ori.

Aku suka beli handbag. Nama pun perempuan kan? Kalau aku beli no 1 aku tengok adalah size dia. Kalau boleh seluruh isi pendapatan rumah aku nak isi dalam beg tu.

Disebabkan satu peristiwa kejadian tragis telah menimpa aku satu hari dahulu di mana air oren freezy telah tertumpah di dalam beg aku ( don't ask me how and why a set of prosperity burger boleh ada dalam handbeg aku) menyebabkan segala isi pendapatan rumahku di dalam beg itu berenang umpama selautan air oren freezy sampai kembang habis prosperity burgerku di kala itu sob sob sob maka aku membuat alasan.. "Ok kena beli beg baru" (macam la beg tu tak boleh basuh pakai balik).

Maka pencarian beg baru kini bermula. Beserta dengan keinsafan dalam diri telah menerpa untuk tidak membeli lagi fake branded beg dan nak beli original designer beg tu kumampu kalau ku simpan duit dalam tabung ayam tetapi tiada gunanya sebab kalau ku beli original pun siapa je tahu menilai keaslianya dan silap2 depa cakap cek pakai cap ayam yang melambak jual tu (dan buat aku sentap) maka marilah kita cari beg yang tiada apa2 cap janji besar, tahan lama dan tidak senang terputus (iye tragedi beg aku selain banjir di dalam lautan oren ada juga putus di tengah jalan).

So antara sifat2 beg yang aku cari sekarang selain size ialah mesti tiada tulis cap Gusi, Lori Van, Paridah or even Hamis. Sila sedar diri maka berangan aje kau dengan beg2 berjenama ni di laman Pinterest saja ye.

First question bila nak cari beg yang akan aku utarakan ialah : "ni jenama apa?". Untuk memastikan jawapannya "takde jenama kak.. ". Aha! Itu yang kita nak.

Ok sampai pada intermission ala2 cerita hindustan...

Harini aku keluar makan dengan RJ lepas pulang dari kerja. Minah tu terhengen nak makan nan cis bedebah sangat. Maka lepas makan nak balik aku pun berkata nak cari beg nak ganti beg banjir aku tu padahal last week baru beli beg online tapi tak muat nak isi seluruh ahli keluarga.

Belek punya belek, (payah nak carik ikut taste aku even murah 20 hengget pun.. Dah la banyak fake branded bags serata alam kan) maka aku nampak la one fake bags ni (orang jual selalu buat terms imitate/AAA) yang macam aku nampak kat FB dulu. Sebelah bag tu pulak jenis material kureng tapi sama la jenama kunamakan jenama Kuaci la dari aku pegang ni.

Aku pun nak cakap pada RJ "eh! Ini macam dekat FB sy nampak last week"

Lantas salesgirl tu menyampuk

"KAK, YANG NI ORI" (beliau merujuk yang aku pegang tu ORI sebab tu mahal sikit).

RJ tak tahan kat situ jugak dia hentam gelak.

Dik.. Kalau la ko jual tu ori habis kat pavi bagai tu ape pulak?

RJ bila dah boleh berfikir secara sempurna cakap kat aku tadi,

"Mungkin dia nak cakap kak ni ORIENTED."

Ye la mungkin jugak ORIENTAL.

Tapi kesian jugak aku tengok muka budak tu penuh kenaifan dan bersemangat cakap bag tu ORI. Kompiden sangat ko dik. Pekerja contoh.

Ok nak gelak lagi.

Buyui



Sent from me :)

1 comment:

azataq said...

Nok....handmade pon laku jer nok...hahaha....cap cherrylicious tapi....hahahahaha