Wednesday, February 20, 2013

aku dan sejarah

I am not sure wether I've already told you that Buyui and her passion about sejarah.  Tapi kalau dah and if you think this topic si sooooooooooooooooooooo boring boleh je tak baca. *macam la entry lain ada orang baca 

Aku pun selama ni tak sedar minat aku dengan sejarah ni tak bertepi. Memang dari sekolah dulu boleh dikatakan subjek sejarah tu boleh celah gigi je lah *ehem .  Yang buat aku sedar minat aku pada sejarah ni tak bertepi sejak2 aku besar ni travel sendiri semua, bila ada benda berkaitan dengan sejarah mesti mata aku terbuntang nak baca, nak faham macam ko baca blog gosip hiburan. And satu lagi aku tau aku minat sejarah bila ada cerita dekat tv tak kira lah telemovie ke ape ke yang berkaitan dengan sejarah aku boleh tengok berulang tanpa jemu , kalau aku tak paham (sebab kala telelemovie bukan dia nak cerita abes semua kan nama pun satu cerita sejam setengah je nak cerita sampai berabad- abad punya cerita memang tak mampu la kan) aku akan google korek segala. And sometime I cried. Ko mampu tengok 1957 Hati Malaya tu ko nangis setiap kali ko tengok. And that movie aku dah tengok dalam 5 kali. Nampak point aku di situ? Haha.

Tapi ada la limit sejarah yang macam mana aku suka.  Aku hanya suka pada sejarah Malaysia ni je. Dari zaman kesultanan melayu Melaka (believe me sekarang aku tengah terbayang betapa sesaknya perlabuhan melaka di kurun 15) sampai lah zaman merdeka.  Aku dulu suka sejarah masa form 1. Aku tak sure la macam mana sejarah form 1 sekarang.  Tapi dulu form 1 kita kena mula belajar kegemilangan zaman Melaka sampailah macam mana runtuhnya empayar Melaka tu. Naik form 2 aku kureng gemar sikit sebab masa tu kena belajar zaman jahan Belanda selepas Portugis blah tu. Alfonso d al BBQ Burque (mcm mana eja tah).  Zaman British India segala. Naik form 3 pasal sejarah Malaysia sikit2 dah. Rombongan pergi London tu.  Naik form 4 aaa ni paling aku tak gemo, pasal sejarah dunia. Zaman renaissance segala la.. Mcm mana undang- undang buruh la, zaman hamba abdi la, buat aku rasa nak muntah wei.  Salah satu sebab buku dia pakai kertas yang kuning2 tu. Busuk. I am agak environmental lover tapi penggunaan kertas kuning tu cukup aku tak gemar. Masa haritu kat Jepun kertas dia semua pakai kertas kuning tu la.  Kita sini still pakai kertas AA lagi kan? Berbalik pada sejarah, naik form 5 aku naik menggelletis balik baca buku sejarah sebab pasal sejarah Malaysia balik. Yey! 

Tapi kalau minat tu tak semestinya aku baca sekali masuk je semuanya. Aku still kena hafal. Aku still kena ingat tarikh2, tahun2, tempat nama semua. Masih. Still. Tapi as a bonus sebab aku minat aku boleh baca, bayang and anggap aku baca buku sejarah tu macam aku baca novel 50 shades la. Eh tu lain macam dah bunyi. Haha. I mean aku baca tu as a whole story, paham, and hafal. Walla!  Kepada pembaca aku yang kalangan pelajar sekolah (macam la ada) betul kata orang, yang penting kena minat dulu, ada minat baru boleh buat apa yang kita nak. Ye ke tidak?

Tapi aku tak sesuai jadi cikgu sejarah la tapi.  Aku boleh baca untuk diri aku sendiri saje, pastu puas hati sendiri.  Nak terang kat korang pasal apa aku baca, I'll try my best to make it simple as I can.  Sebab aku rasa bukan semua orang suka sejarah.  And aku sendiri pun takde kawan yang suka sejarah macam aku. So I can't share apa yang aku tahu.. Dalam konteks senang sendiri baca sendiri syok sendiri. Haha.

Setiap orang lain minat dia.  Kan?

Buyui

No comments: