Thursday, February 28, 2013

I am proud for u

Pada suatu hari, aku dalam perjalanan nak pulang ke 'Texas" dari "San Pransisco".  Dalam pada flight nak boarding tu (maksudnya bila keadaan semua siap sedia nak tunggu stewardes tunjuk cara nak pakai seat belt bla bla bal segala tu), aku dengar la perbualan orang kat belakang. Kan keadaan senyap sunyi sampai kalau kita terbatuk pun rasa macam menganggu orang lain je, apatah lagi orang bersembang- sembang.

Hasil dari pasang telinga aku tu (heyy... what else I can do , my ears can't reject to what I heard and my brain can't stop analyse it!) pakcik dan makcik ni (mungkin dalam umur 50-60 la kot, takkan la aku nak pusing tengok pulak sapa yang bercakap tu) bersama dengan seorang anak muda (dari gaya macam seorang pelajar IPT).

Abaikan kenapa dan mengapa pakcik dan makcik tu punya urusan hari tu , apa yang aku dapat paham.. sekadar berbasa basi pakcik ni tanya la anak muda ni belajar di mana semua.  And, he find out anak dia belajar dekat tempat yang sama dengan anak muda ni.

And pakcik ni tanya la anak muda ni kenal tak anak dia? Anak muda ni ketawa kecil dalam erti kata lain kolej dia luas kot manakan dia boleh kenal hampir semua pelajar di situ. Apa yang buat aku minat lagi nak dengar tu bila pakcik tu cuba keluarkan beberapa point yang boleh memberi idea anak muda tu mungkin/pasti kenal anak dia.

"Anak saya nama XXXX , dia amik kursus YYY, tua setahun dari awak kot? Dia pegang banyak jawatan, pengerusi kelab XTX, presiden DDDD , ketua AA, ketua Bolasepak, kenal?"

Wow. Seorang ayah yang begitu berbangga dengan pencapaian anak dia, sampai wakil bolasepak kolej pun dia tahu ni? (Mesti la anak dia cerita dia wakil itu ini bila balik bercuti).

Pada aku la, selalunya lah kalau tahap wakil bolasepak (maybe kes ni anak dia captain pasukan ) peringkat sekolah ke daerah ke kita selalu pukul canang masa sekolah rendah/menengah je dulu. Lain la kalau kita ni wakil negara peringkat olimpik, dapat ratu balapan ke, masuk suratkhabar sebab juara negeri ke ape ke. Ini peringkat tempat belajar pun ko still cerita kat perents mesti ni rapat gila dengan ayah dia ni. And parents even anak juara kampung dusun main bolasepak 5 sebelah pun memang akan berbangga dengan anak ko kan?

I don't know maybe aku ni jenis takde perasaan. Or memang aku dari dulu bukan ratu balapan sekolah, ratu kebaya or what so ever so aku takde benda boleh pukul canang pada family aku. 

So how about you? Korang ada wakil mana- mana?

p/s: seteruk mana anak- anak , our parents pasti akan bangga dengan anak masing2.

Buyui

2 comments:

FARYN said...

aku wakil daerah main baling selipar..mwahahaa

Buyuiazliana said...

faryn: ada medal sederets dalam almari kt umah x? eheheh