Thursday, February 21, 2013

misteri.............................

Kamu percaya pada cerita mistik? Suka pada cerita- cerita mistik? Pada aku , aku adalah seorang pentakut yang tegar. Oleh itu untuk aku hilangkan rasa takut aku itu walaupun hanya sekadar cerita- cerita hantu bodoh di tv mahupun filem aku akan cuba elakkan. Begitu jua dengan tulisan- tulisan yang berbaur mistik. Filem- filem menakutkan yang pernah aku tengok mungkin tak habis dikira hingga sepuluh. Antara yang berjaya buat aku tengok sampai habis adalah siri pontianak harum sundal malam (walaupun sepanjang cerita hati aku tak tenteram takut ada promosi mana nak tahu tengah- tengah tengok tu datang orang pakai jubah putih rambut gerbang- gerbang masuk panggung sengih tepi aku), waris jari hantu (aku ok pada cerita ini sebab jelmaan hanyalah harimau yang aku suka), the eye (yang buat aku kena tidur rumah kawan aku even sebab takut nak balik naik lif disebabkan ada adegan hantu dalam lif pffftttttt) , kekasihku seru (itu pun tengok online 2-3 episod last skip laju2) . Itu antaranyalah.

Semalam berita hiburan tanahair dikejutkan dengan kisah pelakon yang putus tunang gara- gara terpedaya yang si pentunang adalah isteri orang. Gempar tak gempar la cerita ni sampai cerita pembantu rumah kena penjara 20 tahun gara- gara feeling jadi penebar roti canai tu tertendang masuk dalam berita di muka surat yang ke dalam.  Jadi headline dan pemangsa kepada cerita tunang ni cakap kena buatan orang sampai dia tak sedar apa yang jadi. Itu aku tamau komen kalau betul harap dia cepat ok (nak cakap sembuh bukan sakit terkedang tak bangun). Tapi sempat la petang semalam aku pergi belek balik gambar tunang tu sebab katanya kena air panas kat tangan, nak la tengok betul ke ada berbalut bandage segala. Haha. 

Penyakit misteri ini memang makan masa untuk berubat. Nauzubillah. Tadi kita cakap pasal penyakit misteri akibat buatan orang lain. Macam mana pulak kalau penyakit yang kita tak nak ni berpunca dari sebab yang tiba- tiba? Contohnya seperti kena santau angin, kena rasuk sebab salah lalu dekat kawasan 'larangan'. Memang kes naya kan? Dah la makan masa nak berubat, nauzubillah .

Hancur luluh kan hati ibu bapa atau orang yang kita sayang bila tengok orang yang di sayang kena benda- benda macam ni. Even masa arwah mama terlantar sakit dulu pun hidup aku macam tak serupa orang hidup, apatah lagi mereka yang mengalami nasib anak, isteri, suami, adik, kakak abang makcik yang kena penyakit misteri. Luaran nampak normal. Atau ada jugak kes tak boleh bangun terus, makan tak lalu , kurus segala. Susah hati betul tengok.

Aku doakan kepada sesiapa yang menghadapi masalah begini, segala ikhtiar yang dicuba untuk pulih akan cepat diperoleh. Ini adalah salah satu dugaan dari Tuhan. Amin

"Jangan biar hidup diselubungi misteri...."

p/s: terlalu banyak sangat cerita seram, cubaan menjadi seram, tak seram tak kelakar langsung saban hari, kadang- kadang aku terfikir 'benda-benda' macam ni kalau kita tak seru/tak cari/tak kacau 'dia' tak la 'dia' kacau kita ye tak?

Buyui

4 comments:

Anonymous said...

sama lew yew..kitew pun x sukew tgk citew antu. takut lewwww. dudhuq ryumah ade iklan hantu aq tukar channel terus lew.

tunang orang tu no comment lewww. perempuan gataw lew tewwwwww

FARYN said...

malam ni ada org ketuk tingkap..
mwahahahaa

Buyuiazliana said...

hewhewhew.. lempangewww mewww sedaseewww...

Buyuiazliana said...

shilake... hahaha