Monday, February 18, 2013

dari sejuk ke panas

Hai hai hai haiiii *bunyi echo sebab blog bergaung orang takde. haha.

So how's your cuti raya? (Raya la kan even ko bukan kaum cina pun sebab kita kan kaum Malaysia? Asal raya je cuti berduyun kereta bersesak kat highway ke tak highway orang balik cuti ye dak?)

Aku pun sama tak cakap kat korang je aih sakan bercuti. Maka aku pun menggolongkan diri (bukan membuat gulunhan kek pandan roll tu or macam tenggiling tu) bersesak bersama kaum Malaysia yang lain memenuhan jalan raya dan pusat percutian tumpuan ramai.

Maka percutian kloga aku kali ini dua tempat percutian dalam negeri menjadi pilihan. Ni nak habaq bagi, dua tempat ni aku pestaim pergi ni. Memalukan bunyinya bukan? Sadis pun iye jugak. Berheya feeling jetsetter kapalsetter segala bagai sekali dalam Malaysia tak habis jelajah lagi.

"Maka kali ni kita buat pakej 2 malam dekat Cameron Highlands, dua malam dekat Pangkor Island ye anak2"- bapakku berkata (aku menggarap umpama bapak aku adalah seorang travel planner padahal dia rileks je arah itu ini masa nak plan booking segala like a boss). Takpe ada ubi ada batas, kerana sepanjang cuti tu dia akan jadi 'driver' kitaorang sambil mengalunkanb irama berbunyi bebelan bila kereta panjang dia bak treler 12 tayar tu bila nak kena parking, nak kena pusing, jem segala. Haha.

Ok mata- mata ini adalah sebahagian gambar yang ingin aku kongsikan. *setelah berjaya buat dagu lebih runcing tanpa effect duck face , kulit lebih cerah hingga hampir membuatkan Michael Jackson hidup semula 

Kita mulakan dengan percutian ke Cameron Highlands ye. Di sana sebagai manusia yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, segala research telah dibuat selama hampir sebulan *hidden talent menjadi travel agent yang berjaya menghadapi client yang fussy macam bapak aku tu. Pitam sekali lagi, maka kami telah memilih untuk berjalan ke ladang teh, stoberi park, butterfly farm, cactus farm (ini aku paling suka) . Eh tu je, CH mana hala aje la nak pergi, selain dari menyesakkan tempat2 tersebut bukan? Pasar malam yang femes yang surroundingnya sama sahaja macam pasar malam biasa yang lain bezanya cuma berduyun-duyun sayur segar, jagung segar, segalanya segar bugar tetapi tak menarik minat kegigihan kami sekeluarga untuk berhenti. Terima kasih kepada parking yang penuh kerana tak kuasa aku nak berjalan jauh2 sambil menonggek bukit semata- mata untuk membeli sayur, then balik masak? Kalau tak perlu berlanggar2 segala anggota zahir badan segala boleh la nak membeli sayur segala.


'The Green Carpet' . Hehe.

Tengah2 tu ada pulak mcm air terjun (adalah parit je) . It reminds me of Hobbit .


Cubaan untuk berdrama tapi akhirnya kelihatan seperti retard. Sila abaikan

Dan percayalah sesungguhnya teringin benau aku nak benamkan muka dia ni ke atas cactus tersebut.

Ok sekarang kita jelajah pula Pangkor Island. Dan kemasukkan orang ramai di jeti ke Pangkor membuatkan aku merasa aku seperti dalam cerita tv cina Hong Kong yang nak ke Pulau Lantau atau Macau untuk bermain judi. Haha.

Pulau Pangkor bukan la sebesar dan seheaven untuk bershopping. Memang sesuai aktiviti untuk bermain air dan bermain benda yang boleh dimain. Eh! Maka perjalanan sehari sudah cukup untuk orang yang seperti aku dan family. You can pick either teksi van yang bersepah or even sewa kereta ikut jam. Disebabkan hari cuti hargalah boleh la kita jangka berapa harganya. Kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta sendiri dengan berbekalkan peta yang diphotostet oleh tukang cari kereta sewa kami. Harga yang dikenakan setelah tawar menawar, kenyit - mengenyit, senyum terteleng- teleng dapatlah for 3 hours, RM 60. Itu pun dah tak tahu nak ke mana . (Read: Puteri Lilin adalah salah seorang peserta lawatan). Cukup sekadar pergi ke tempat yang teringin nak pergi seperti Kota Belanda (Baca sekali lagi: Pencinta Sejarah yakni Puteri Lilin tadi ada bersama dalam sessi lawatan) , pantai yang hanya singgah for 20 minit untuk bergambar (sekali lagi sila baca: Puteri Lilin, merangkap Pencinta Sejarah tadi juga tinggal di tepi pantai maka apedehal dengan pantai negeri orang lain?) oleh itu masa 3 jam yang diberi memang amat cukup. Tiada aktiviti berenang- renang di tepian pantai dalam senarai kali ini disebabkan Puteri Lilin, Pencinta Sejarah yang tinggal di tepi pantai rasa amat bosan berenang- renang di bawah terik mentari, boleh membuatkan sun block SPF 50++ pun seakan tiada fungsinya maka itu sahaja aktivit di Pangkor Island ye.

Jelas kelihatan aura pencinta sejarah di dalam diri. Terbuntang- buntang baca segala informasi yang diberi. Malas nak cerita aku tahu bukan korang minat pun kan?


Satu- satunya gambar yang mencuri perhatian sehingga teruja nak menjadikan profile picture di laman FB oleh adik aku. Diulangi satu- satunya..... yang lain semua aksi aku macam retard. Sentap.


Berehat sebentar di tepi pantai yang tak berapa nak tepi sebab PANAS. Pokok ini menarik perhatian manusia berehat sebentar. Tidur pon syiok ni. 

3 generations ;p

Perjalanan pulang singgah sebentar di Taiping! Yey!

Sepatutnya aku beli t-shirt ni sambil pakai dengan megah. Haha.

Sekian itu saja. Bai

Buyui

2 comments:

Anonymous said...

eh adik ko tahu tak ko ada blog? tak sentap ke ko nk benam muka dia kt cactus....puteri lilin katanya....ko jugak Puteri Tak Mau Jalan Jauh Sanggup Cari Parking Berjam Di Mall Tapi Biar Dekat....aka Tuan Puteri TMJJSCPBdM :)

Buyuiazliana said...

entah tak tahu kot. nk kira sentap dia sentap lagi aku yg kena jadi photog dia x bergaji. pitams!