Tuesday, April 3, 2012

Pelaburan di masa depan

Last week aku ke Kuching. Tema dia kali ni, bukan nak jalan sangat pun. Aku dengan N pergi just nak jumpa J , catching up and motif utama dia makan je. Tak percaya, gambar aku ambik semua makan je.

Bila aku balik coll aku tanya "Awak pergi Kuching pergi mana je,". Jawapan aku satu je, "Saya tak pergi mana, saya pergi jumpa kawan saya, lepak, makan,". Tu je. 

Gambar nanti2 la aku bagi kalau aku nk review pasal makanan. Kan.

So, bila di sana, banyak la aku borak dengan J. Aku tau lama dah dia antar anak dia ke sekolah tahfiz. Baru 5 tahun dah boleh hapal banyak surah. Sejuk je rasa kan? Alhamdulillah, aku doakan berkekalanlah hendaknya.

Kawan aku J ni cerita, bukan senang dia nak masukkan anak dia ke sekolah tahifz ni (bagus sekolah ni, selain ajar hafazan, ada jugak la dia ajar subjek lain, semua macam taska lain). Pada aku baguslah sebab ada kemudahan macam ni, sebab kalau zaman aku dulu mengaji pun kena cari rumah orang or sekolah agama rakyat petang- petang tu. Zaman sekarang ni nak cari macam tu dengan kita yang duduk tengah2 bandar ni esp in bandar- bandar besar payah la sikit kan. So ada taska macam ni bagus lah. Agama dan dunia seimbang. Amin.

So, J cerita anak dia masuk pun setelah berkali2 merayu nak masuk sebab of tempat yang limited. Maybe tempat tu mementingkan kualiti rasanya. Then dia sempat la attend some sort like PIBG meeting tu. So kalau ikutkan yuran sekolah tu mintak bayar lump sump dalam 1500 untuk 3 mths. Maybe senang untuk dia guna untuk buat belanja rasanya. 

Manusia kan.... ada je lah tak puas hati esp bab2 duit ni. Ade la parents yang bising sebab pada diaorg banyak la 1500 tu. Tapi masa J cerita tu aku fikir, samsung galaxy note tu dalam 2k lebih boleh pulak beli. Ini, bagi yuran anak 1500 untuk belajar tahfiz tak boleh pulak. Hmm... manusia kan?Kan antar anak ke tahfiz tu pun salah satu pelaburan jugak kan?

Ada sorang budak ni, sampai parents tu punya cakap mahal kan so dia x bagi anak dia masuk seklah tahfiz tu antar ke taska biasa. End up budak tu tak suka sampai tak nak pergi sekolah. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Cerita ini just sekadar perkongsian aku.

*Betul- betulkan lilit tudung

Buyui

3 comments:

ska said...

kenapa galaxy note asyik jadi contoh? terkentut2 henfon sy tau.. kahkahkah

Buyuiazliana said...

hahahahaha. tu lom kuar citer lilin lg. terkentut2 sang lilin. eh!

fatin said...

yg pakai galaxy note x semestinya dia mampu.. dah itu mmg 'kehendak dia'...yg lain2 dia x peduli pun...huhuu