Sunday, October 23, 2011

Kenyir Lake

Jumaat lepas nak tahu aku pergi mana, sapa follow twitter aku tau la aku bgn pagi2 buta [yes for me pukul 8 hari cuti tu pagi butalah ..ahaks!] tweet cakap nak pergi Kenyir, and hope aku tak naik bot. Sapa kenal aku tau la aku la ratu "parking kereta depan kedai, kalau boleh nak masuk kedai,". Tak paham?Maksudnya..sedangkan pergi kedai pun nak parking dekat, kedai kena ada ekon, nak sejuk kalau boleh nak orang dukung je jalan [macam la org gagah nak angkat kaki aku pun belum tentu org mampu] inikan pulak ko nak meredah naik bot bagai kan...so not me la kan....

Tapi...................................... sampai2 je dah makcik ni sorang gigih betul promosi bot dia la kot..harga pada sapa nak tahu ok la affordable, kalau ko nak pergi dua tempat like macam aku tu ko naik bot pastu berenti dekat taman herba and air terjun bayar la satu bot RM150 kalau banyak tempat banyaklah lagi ko nak bayar, tengok la kot ko pandai nak goda org bot tu ke dia bg la kot ko extra one point tp in case minyak bot dia abes ko berkayuhlah menuju jalan polang.

Bot tu pun sekali naik muatla 6-7 org, so share2 la sorang dalam 20 hengget lebih kurang. Ok la kan?Kot-kot ko nak merasa naik bot tu ko punya sorang ko bayarlah sorg 150 je...kot la kan...ko nak ade yatch sendiri entah bila zaman..lepas tu nak feeling ko Kim K , Paris H silakan la...

Makcik bot tu lak gigih nak promosi sangat bot dia sampai tak senang la aku ngan kawan2 nak makan..[eceh..makan tu org bwk aku hadap je..tp aku buat macam aku punya semua..sekian] so we ride the boat with two other couple , husband and wife yang maybe around 50yo. Apa aku paling kagum tu laki dia pegang je tangan bini dia bila nak turun tangga or naik tangga. Gila sweet pakcik ni. Oh ya...org bwk bot tu remind "kat sini semua tempat kena naik tangga". So again pada sesiapa kenal aku, korang cuba teka aku panjat ke tak tangga tu. Panjat?!! MEMANG TAK LA.... hahahaha!

So kepada sapa2 suka nak aman damai Tasik Kenyir is the best place. Memang sunyi, damai and all la. Sapa suka mancing ade pakej, nak tidur kat situ pun ada , nak ride cam aku feeling2 Kim K for two hours pun boleh. It's all up to you!


So sini ada la a few pics. Memang amazed gila la wei..
makanan org bwk aku buat mcm aku punya sendiri..lalalala


korang nampak air dia kehijauan kan?memang!air dia kaler camtu bukan sebab teknik pencahayaan ke ape ke....


entah nape aku suka gambar ni, MM sila jgn pikir bukan-bukan, ahaks!

THE END

Buyui

4 comments:

jejaka anggun said...

so apa jer aktiviti?

azataq said...

apa benda gambar yg last tu..skerinya...

buyuiazliana said...

JA: picnic, naik bot , menikmati keindahan alam dan org, eh?

Cher: batang pokok yg dh kering

MarriageForIdiots said...

gambar no.3 tu I dah pikir tiga perkara yg bukan-bukan..