Monday, October 10, 2011

semua orang sombong ke?

sambungan kisah di Bangkok..

aku pun tak nak la cerita panjang2 macam nak buat Memoir Buku Buyui Merayau, aku tau orang tak suka, tapi just now aku bloghopping sampai ke blog si Gadis Bunga [GB if u read this, hai hai hai ] tiap kali masuk blog dia mulalah aku nak nyanyi lagu kak Rahimah Rahim :P . GB ade mention pasal cerita seorang blogger yang pergi jalan ke Indonesia jumpa orang senegara haram nak senyumnya.

Alang-alang aku teringat pasal benda ni baik aku tulis siap2 kan?

Well, aku pun experienced the same thing masa kat Bangkok haritu! Dekat airport tu berdiri sebelah aku je, secalit senyum pun takde. Memang la aku tak kenal ko, ko pun tak kenal aku..tapi kan kita duduk negara yang sama, di bumi yang asing ape salah ko bagi senyum tu sikit. Aku perasan tapi simpan je la dalam hati maki ni. Hahahah.

Tetiba my boss cakap [lepas pompuan ni blah] "orang kita ni kalau jumpa luar Malaysia memang sombong-sombong".

Hah! Aku ingat aku je pikir macam tu. Tapi aku still bersangka baik [tetiba aku reti nak bersangka baik] maybe perangai individu tu macam tu, or mulut kejang baru lepas cucuk botox maybe?Sebab aku tak lak kena experience macam ni masa kat Beijing aritu. Ok je sembang2 dengan org satu negara.

Buyui

3 comments:

jejaka anggun said...

aku mmg x suke tegur kalo nampak org malaysia kaqt negara lain. aku kan kewat. hahahaha

gadisBunga said...

hai hai hai!!!

nanti kite jumpa kat luar jom kite senyum2 ye. ;D

buyuiazliana said...

JA: diva is always be a diva kan? :P

GB: ala..senyum2 je x nk belanja2 makan ke?haha