Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman puasa aku

Day 2 of Ramadhan. 2 down , 28 more days to go! ke dah ada yang tumbang dah? hahahah!

Pesanan aku kalau kot ye ko tak boleh puasa or buat2 tak larat puasa sila lah goreng telur/masak megi/korek periuk senyap2 dekat rumah. Tak payah ye susah payah nyorok2 makan belakang kedai . Tak thrill ok. Eh macam pernah pulak?

Cakap pasal curi2 makan ni, aku memang takde pengalaman [masa keciklah takkan la besar2 ni buat hal plak?] minum air dalam bilik air. Ada bukak shower lama2 lepas tu nganga mulut. Majoriti ramai buat kan? Tapi aku never ok. Sebab aku adalah penggeli. Geli bila pikir nak kena minum air tangki tu. Entah karat ke dinding2 tangki tu atau ada mayat jatuh ke. Eh?

Tapi aku ingat pengalaman puasa aku dulu. Masa aku dah mula tak boleh puasa. Mak aku buat karipap aku curik ambik makan dalam bilik air. Hahahah! Yang tu tak geli pulak? Tu pun sebab aku nak sembunyi takut adik aku nampak even aku memang sah2 boleh makan minum tapi ko tau la kalau budak nampak nanti dia pun nak sama makan kan? Eh tapi bukan budak je jeles tengok aku makan. Bapak budak pun sama. Ye...abah aku sampai harini kalau2 ternampak aku makan di bulan puasa dia akan jeles. " Apa ni tak boleh puasa makan depan orang!". LOL. Bapak sapa la ni?

Satu lagi aku pernah cerita yang aku and kawan mintak budak Cina beli air soya and kitaorg curi2 minum ramai2 kat belakang kantin tepi longkang!Bila fikir balik aiyoo mati dah ke kalau tak minum?Hahahahah!Lepas tu baik pulak pii citer kat mak aku balik tu, kena marahlah apa lagi. Sampai ke la ni tak berani dah aku. Sebab tu tak lah beriya aku cari makan kalau memang tak boleh puasa. Ko paham tak Cherly?Hahahah!

Seingat aku tu je la kot pengalaman puasa aku. Plain kan? Ye aku dulu budak straight je, ikut je apa mak aku cakap. Habis kuat aku curi makan je lah itu pun memang sebab aku tak boleh puasa.

Korang lak macam mana?

Buyui

4 comments:

jejaka anggun said...

astaghfirullah... ada x gi mcd pastuh speaking2, konon2 bkn melayu?

Cherrylicious said...

saya pon masuk dalam cerita keh??? ngehehe

buyuiazliana said...

JA : aku sah2 la x reti nk UK ascent cmne nk berlakon bukan melayu?hahah!

cher: ko bkn dak cina yg aku suruh beli air soya tu ye. dak cina tu ape tah nama dia..ada dlm fb tu..haha!

Cherrylicious said...

wahakakaka....mak leh belakon jadi org cina bila ai buka tudung...boleh?? ngahahahaha

Saya xtau sapa itu bdk cina...hahahaha