Sunday, August 21, 2011

Sungguh aku tak paham

Entry ini bukan bertujuan nak tunjuk aku macam wanita berpurdah mata cantik macam Ayu Rhaudah or macam cerita Ayat-ayat cinta or Fazura dalam Tahajjud cinta tu. Eh banyak pulak eh. Tapi Faz [wah panggil macam kawan kau je] tu lawa kan? isk isk isk...

Semalam aku layan la cerekarama. Habis dah tak ada cerita sangat dah, nak tengok paycheck on TV2 menguap2 aku, nak layan greys anatomy aku dah ke depan kalau aku tengok lagi episod tu je aku dah tengok untuk kali ketiga. Pendek kata aku memang suka layan cerita melayu tak ada cerita best nak dilayan sangat semalam.

So dah nak dekat2 raya ni cerita melayu pun apa lagi cerita pasal kisah puasa raya la. Dah tengok sorang2 lepas tu fikir sendiri2 cakap sorang2 pon iye. Korang tau la cerita melayu memang banyak persoalan. Tapi lagi hazab sinetron indon gred c , sampai dah berapa belas episod si bapak kaya raya tak reti2 nak buat test DNA ke? Main redah aci terima je budak yang just pakai rantai dia bagi sebagai bukti tu anak dia. Pfffttt.

Ok berbalik pada cerekaramarama tu, kisah pasal pemuda kampung rempit [ni rempit mesti hangen] tak puasa [asal rempit je pandang hina tak puasa, dah tu..??kalau tak nak dicap hina jangan jadi kutu rempit] . Aku mulalah fikir "kenapa payah benau nak puasa?". Kalau sakit or muallaf aku boleh lagi terima, tapi ini anak melayu sah2 mak ajar puasa [nak2 duduk kampung kan?] . Susah sangat ke korang? Maybe la tak tahan mula-mula tu lama2 biasalah kan? Sanggup tu makan sorok2 tu lagilah aku tak paham. Thrill ke ape? Macam la bulan tak puasa keje kau mengunyah je 24 jam. Rokok? Ha mungkin la tapi tak la selang 5 minit kau hisap rokok je kan?Tu la cerita melayu ni dah aku dok tertanya2.

Macam masa aku kecik2 kan. Adik aku la cerita. Kitaorang dulu duduk kat kuarters. So abah aku ni keje shif. Bila dia kena keje shif petang dia kena lah berbuka dekat opis. So opis tu taklah jauh mana, so mak aku akan masak dalam pukul 7 tu adik aku ni pergilah hantar makanan dekat abah. Kawan-kawan dia pun sama. Yang sorang kawan dia ni selalu curi2 makanan bekal mak dia suruh hantar. Macam kalau goreng nugget 10 ketul dia makan dalam 7 ketul balance baru kasik bapak dia. Keji tau. Umur masa tu bukan sekolah rendah lagi, dah meningkat remaja dah masa tu.

Seriyes, aku sungguhlah tak paham. Tak tahan puasa tu aku boleh pakai lagi, maybe didikan ke apa lah penyebab, tapi nak curi2 makan [kes curi makan/minum bilik air tu kalau budak aku paham] ini dah boleh jadi mak/ayah orang dah, pun nak buat perangai macam tu kenapa? Nak merasa naik van jenazah ke?

Buyui

4 comments:

jejaka anggun said...

syabas.. entry berbaur keinsafan....

buyuiazliana said...

JA: ada rasa aku lawa mcm fazura x entri ni?haha

azataq said...

buyui: XDA!!!

buyuiazliana said...

cher : DENGKI!! hahahahah!