Tuesday, August 5, 2014

Selamat hari raya . Izinkan ku mengumpat di sini.

Terus terang betul nak ngumpat. Hahah. Dasar.

Tadi colleague aku cakap budak practical sorang ni pakai kereta baru jenama toyota. Bapak dia beli sebab dia susah nak ke hulu ke hilir.  Aku pun mulalah membebel. 
Padahal dengki bapak aku x layan aku macam tu dulu.

"Spoil child "

"Tu nanti dapat ke first degree tu?" Hakikatnya aku x dapat kereta pun x dapat pun first degree. 

"Nanti grad tu dapat ke kerja?" *sentil2 sireh dekat gigi

Tu la caci cerca maki aku di pagi hari. Sian budak tu. Hahah.

Senang kan anak orang senang yang mak bapak sayang ni.  Tak boleh tengok anak susah semua ok belikan kereta nahhh..... So as manusia mulalah ko nak throwback nak compare ko dulu hidup susah segala bagai. Harus la keluar cerita aku dulu duduk dalam kancil berhimpit tanpa mengenal muhrim (LOL) yang hanya berbekalkan meter milage untuk tahu tangki minyak kosong ataupun tak, yang hampir dilanggar lori yang reverse sekali hon beria tapi hon x bunyi dan tak lupa juga enjin mati di tengah federal highway yang sesak ditambah dengan panas bersilau dan mendapat hon yang panjang boleh memecahkan gegendang oleh lori trailer di belakang. Oh tak lupa juga tindakan berani mati nak masuk kawasan yang hampir banjir tak sedar diri ko tu kancil nak jugak redah sedangkan dah nampak hilux pun patah balik... gila berani.  Dan pernah rasa kipas tikus makmal di tepi roundbout dengan kereta banyak sambil tunggu bekalan petrol sampai sebab kereta ko kehabisan minyak?  Semua tu tak boleh dibeli ye, hanya jika tikus makmal tu mati kena beli balik and sah2 la makan duit.  Tikus tu bukan rabbit makmal yang kalau mati ko boleh buat rendang makan beramai2 dengan kawan2.  

Aku pernah juga cuba buat cerita sedih siap bawak mak bapak lalu tunjuk kawasan jauh di UM dulu, padahal shorcut ada je nak tunjuk "Sian mak, jauh jalan siap tumpang kawan naik kereta" dengan harapan mak aku kesian boleh la beli aku kereta.  Student kalau bagi kereta kancil buruk yang semput sebulan sekali pergi bengkel pun dia dah sujud syukur 40 kali. Tapi, tanpa berfikir panjang mak aku memberi respons "Belajar susah". Bapak aku pulak "Exercise". Payah betul anak orang keje uniform ni. Aku amik biomedic bukan amik ijazah polis gerak- gerak -gerak khas.. gerak- gerak- tangkap lipas tu .  Hampa. Maka naiklah aku dengan kawan aku bas metro nombor 12 turun la dekat PPUM tu , takpun tebalkan muka macam kertas pasir tumpang la kereta orang.

Maka angin tak bila tengok student practical senang- senang je bapak dia belikan kereta?  Haruslah membebel di atas motif dengki. Bahahah.

Membebel tu tak habis kat sorang colleague je, aku sambung lagi dekat orang lain. (Sila jangan CSI pulak aku datang ofis ni buat keje atau sibuk sambung anyam ketupat untuk open house raya pulak) Maka keluarlah topik "zaman student memang berani, buat aje ape pun tak fikir keselamtan segala". Panjang betul tajuk album.  

Bila cerita pasal kipas tikus makmal la, kena hon lori semua keluar, kawan aku tu pun menambah dengan kaedah bertanya soalan :

"Awak pernah nampak orang angkat sofa pakai kereta atas bumbung?"

Ternganga aku.  

Dia tambah lagi.

"Awak pernah tengok orang pindah rumah masuk semua barang dengan toto tilam bantal ditambah dengan 5 orang dalam iswara?"


*gambar sekadar hiasan

Aku dah terbayang maybe Running Man boleh buat game ni. sumbat selagi boleh dalam kereta. Tetiba dia tambah lagi.

"Tahu ada satu barang je tak cukup masa tu,"

"Apadia?"

"Helmet".

Tahu tak asalnya dia nak suruh kawan dia pakai he helmet tu sebab tak ada tempat dah nak letak.  Mengucap panjang bila sampai Pagoh (yang diaorg ni dari KT siap singgah Temerloh ambik sorang lagi kawan) bapak diaorg ni tengok.  Feeling Harold and Kumar goes to White Castle sangat tau.  Tu la dia student. Cuba sekarang potong jari aku tak nak naik kereta camtu . Baik aku tinggal je barang.

Tu belum lagi kisah diaorg angkut meja tulis naik atas bumbung kereta. Bawak katil naik motor pun pernah! Astaga.

Gitulah cerita throwback aku dan orang lain jugak.  Asalnya nak bebel pasal budak practical tu. Hahaha.

Selamat hari raya!

p/s: throwback aku tu betul, kalau yang berkaitan tak mengaku tu sebab diaorang dah beranak banyak, so banyak la urat putus. 

Buyui

5 comments:

Anonymous said...

oh nostalgia....aku dulu naik moto je...before that gegeh panjat tangga maut. ingat tak?

bab tak mengenal muhrim tu LOL...sapa je yg bukan muhrim ko naik keta tu?

FARYN said...

hahahaha..semangat! kah kah kah

Buyuiazliana said...

Anon : ko kan naik moto spi accident mulut herot2 gigih minum air pakai straw sbb nak g beli satay kajang tu? hahaha, tangga maut tu mana boleh lupa.... tp tu bukan bersama geng2 kancil bersama geng bukan muhrim tu . eh semua la muhrim aku kan adik beradik katanyaaa.. hahahah!

Faryn: kannn? semangat sangat!

Anonymous said...

bila nk update blog?

Buyuiazliana said...

ade ke org nk baca lagi?