Thursday, January 1, 2009

1 Januray 2009


Assalamualaikum W.B.T.



Sebagai permulaan biar saya ucapkan selamat tahun baru 2009 kepada anda ..anda ..dan anda semua..harap-harapnya di tahun baru ini akan memberi seribu makna dan kebahagiaan kepada anda semua.



Pada saya tahun 2008 yang lalu walaupun hanya beberapa azam dan impian saya tercapai (maaf..terlalu peribadi untuk nyatakan di sini) akan tetapi saya masih bersyukur sekurang-kurangnya Tuhan masih lagi memberikan saya merasa walau pada saya masih tidak mencukupi (lumrah manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada bukan...?) tetapi saya bersyukur sekurangg- kurangnya nasib saya begitu baik berbanding tahun 2007 di mana berbagai- bagai ujian dan cabaran yang Tuhan telah berikan kepada saya dan keluarga dan dari kesedihan 2007 saya telah bangkit supaya dapat menghadapi segala ujian 2008 dengan lebih matang.



Walaupun di hari yang terakhir di tahun 2008 Tuhan telah menghadiahkan kesihatan yang kurang memuaskan bagi saya.. tetapi lihatlah pada hari ini 1 Januari 2009 akhirnya saya telah kembali sihat seperti sediakala dan mampu menulis seperti biasa.Syukur..Alhamdulillah...



Kepada anda yang mungkin menyedari perubahan dari segi cara penulisan saya ini..sebenarnya ini adalah antara salah satu azam saya pada tahun baru ini untuk cuba mengukuhkan gaya penggunaan bahasa ibunda saya...maaf sekali lagi jika saya tidak dapat memuaskan hati segelintir pihak....mungkin di lain masa....."akak akan kembali"...sekali- sekala untuk menghiburkan hati pihak itew..:)



Di akhir kata...sekali lagi selamat tahun baru 2009 dan jumpa lagi

p/s:Selamat hari jadi kepada sesiapa yang dilahirkan hari ini (salah seorang "bekas" kenalan saya juga lahir pada hari ini)

Sekian



Nurul Azliana a.k.a Buyui

2 comments:

@rep said...

hepi nuyer buyui...

eh.. blog toteng cam ner? x leh bukak dah.. emo ke?

Er Lang said...

Kos...gaya penggunaan bahasa penoh. er...Lam, are u there with Miss B?