Friday, July 13, 2012

Sehidup semati

Aku teringat satu adegan cerita p ramlee. Keluarga 69 kot, yg psl p ramlee ckp kat bapak dia yg kawan2 clubbing dia (hahaha. Zaman dl punya club gila beradab) adalah kawan sehidup semati dia. Sekali dia kena halau dgn bapak dia habis semua kawan2 dia lari, tinggal lah yg kutip dia tukang beca penyewa rumah bapak dia yg dia tlg escape dr kena bayau duit sewa rumah.

Adat manusia kan kawan ketawa senang nk cari kawan menangis mmg susah. Harini sambil menunggu CLK aku tengah servis, aku chat la dengan Anne. Anne ni one of my bestfriend. Ini memang kalau kata one day aku jatuh tersungkur carilah dia insya allah dia akan angkat aku balik no matter what. Payah nk cari org mcm ni. Bukan ckp dia je dari one whole family dia, spi ke suami anak semua insya allah akan tolong bila aku susah. Dan dengan dia aku jenis senang nak bercerita apa2 pun seriyes dia tak akan judge aku apa2 pn. Aku memang bersyukur setakat ini aku ada a few kawan macam ni. Anne salah seorang daripadanya.

Tadi Anne bercerita dengan aku pasal kawan2 sehidup semati. Aku kenal Anne dari zaman aku mula masuk U. Masa aku mula jauh dengan family, sebab aku bukan dari golongan budak pernah duduk asrama, maka pestime masuk U menjadikan aku agak homesick. Naseb kejap je sebab aku dapat jumpa 7-8 org geng including Anne yang memang makan boleh sepinggan tidur boleh sebantal. Makan megi boleh kongsi (just imagine 5/5 megi stok Anne semua boleh abeskan spi kawan tu balik2 satu habuk tak tinggal. Hahahah, but knowing her dia, dia tak marah?!!). Bukan megi je banyak lagi harta dia jadi harta kitaorg semua. Keji.

Aku agak sedih tadi bila dia tetiba cakap "mana pergi kawan konon sehidup semati dulu? ". Dalam ramai2 tu (mestilah dulu ade gaduh kejap tak berckp satu sem ) ada sorg je yang pernah call dia, invite pergi kenduri kawen dia (purposely call bukan jenis tag nama ko dalam FB tanya alamat or lagi keji scan je kad kawen). Sedih aku dengar. Aku pun akui I am not being a good friend to her selama ni. Pernah jugak aku buat macam2 tapi aku dah cakap knowing her dia adalah jenis orang yang akan angkat ko jatuh even ko jatuh dalam lubang taik sekalipun.

Manusia kan? Cepat berubah. Dulu janji lain lepas tu janji lain. So pengajaran la pada aku jugak dalam memilih kawan. Kadang2 usia perkenalan tu panjang (fyi aku kenal Anne since first day aku masuk U, 16 aug 1999- aku igt sbb tu bday Anne :) Edit: haha. tu date org aku minat dulu. bukan bday si Anne. bday anne 16 JUNE , tp betul la aku jumpa dia 16 JUNE. puii laaaa, tapi Anne jenis dr dulu aku selalu korbankan dia, demi orang lain yes i am bad bad bad friend) tak boleh nak ukur rapat nyer friendship tu. silap2 kawan yg kau kenal baru dua bulan boleh jadi baik dengan kau. I mean kawan menangis. Kawan ketawa kacang putih je nak cari.

So think.

Buyui

2 comments:

Anonymous said...

betol sgt... even dh kenal berpoloh tahun pun , kadang2 bila dah dewasa dah tak jadik close. bukan sebab lupa ke apa, tapi keadaan dan preference yg berubah. kalau dulu boleh masuk, dh tua naturally jadik makin tak leh masuk...jadik terpaksa la berubah arah...
apa2 pun....jgn lupa kawan tu terus cukup...
kawan gak ada bnak jinis:
kawan desperate housewife
kawan bitching Gossip gurl
kawan jimba2
kawan mengumpat.
kawan contact setahun sekali (tapi tak lupa, tp dah jenis malas nk contact)
kawan contact setahun sekali sebab memang dah lupa....

amal2kan...anda buat, anda dapat.

jejaka anggun said...

takda siapa pun yg kekal ngan kita dlm dunia nih... smeua pun tuhan bagi pinjam kat kita sekejap jer...