Monday, February 18, 2013

dari sejuk ke panas

Hai hai hai haiiii *bunyi echo sebab blog bergaung orang takde. haha.

So how's your cuti raya? (Raya la kan even ko bukan kaum cina pun sebab kita kan kaum Malaysia? Asal raya je cuti berduyun kereta bersesak kat highway ke tak highway orang balik cuti ye dak?)

Aku pun sama tak cakap kat korang je aih sakan bercuti. Maka aku pun menggolongkan diri (bukan membuat gulunhan kek pandan roll tu or macam tenggiling tu) bersesak bersama kaum Malaysia yang lain memenuhan jalan raya dan pusat percutian tumpuan ramai.

Maka percutian kloga aku kali ini dua tempat percutian dalam negeri menjadi pilihan. Ni nak habaq bagi, dua tempat ni aku pestaim pergi ni. Memalukan bunyinya bukan? Sadis pun iye jugak. Berheya feeling jetsetter kapalsetter segala bagai sekali dalam Malaysia tak habis jelajah lagi.

"Maka kali ni kita buat pakej 2 malam dekat Cameron Highlands, dua malam dekat Pangkor Island ye anak2"- bapakku berkata (aku menggarap umpama bapak aku adalah seorang travel planner padahal dia rileks je arah itu ini masa nak plan booking segala like a boss). Takpe ada ubi ada batas, kerana sepanjang cuti tu dia akan jadi 'driver' kitaorang sambil mengalunkanb irama berbunyi bebelan bila kereta panjang dia bak treler 12 tayar tu bila nak kena parking, nak kena pusing, jem segala. Haha.

Ok mata- mata ini adalah sebahagian gambar yang ingin aku kongsikan. *setelah berjaya buat dagu lebih runcing tanpa effect duck face , kulit lebih cerah hingga hampir membuatkan Michael Jackson hidup semula 

Kita mulakan dengan percutian ke Cameron Highlands ye. Di sana sebagai manusia yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, segala research telah dibuat selama hampir sebulan *hidden talent menjadi travel agent yang berjaya menghadapi client yang fussy macam bapak aku tu. Pitam sekali lagi, maka kami telah memilih untuk berjalan ke ladang teh, stoberi park, butterfly farm, cactus farm (ini aku paling suka) . Eh tu je, CH mana hala aje la nak pergi, selain dari menyesakkan tempat2 tersebut bukan? Pasar malam yang femes yang surroundingnya sama sahaja macam pasar malam biasa yang lain bezanya cuma berduyun-duyun sayur segar, jagung segar, segalanya segar bugar tetapi tak menarik minat kegigihan kami sekeluarga untuk berhenti. Terima kasih kepada parking yang penuh kerana tak kuasa aku nak berjalan jauh2 sambil menonggek bukit semata- mata untuk membeli sayur, then balik masak? Kalau tak perlu berlanggar2 segala anggota zahir badan segala boleh la nak membeli sayur segala.


'The Green Carpet' . Hehe.

Tengah2 tu ada pulak mcm air terjun (adalah parit je) . It reminds me of Hobbit .


Cubaan untuk berdrama tapi akhirnya kelihatan seperti retard. Sila abaikan

Dan percayalah sesungguhnya teringin benau aku nak benamkan muka dia ni ke atas cactus tersebut.

Ok sekarang kita jelajah pula Pangkor Island. Dan kemasukkan orang ramai di jeti ke Pangkor membuatkan aku merasa aku seperti dalam cerita tv cina Hong Kong yang nak ke Pulau Lantau atau Macau untuk bermain judi. Haha.

Pulau Pangkor bukan la sebesar dan seheaven untuk bershopping. Memang sesuai aktiviti untuk bermain air dan bermain benda yang boleh dimain. Eh! Maka perjalanan sehari sudah cukup untuk orang yang seperti aku dan family. You can pick either teksi van yang bersepah or even sewa kereta ikut jam. Disebabkan hari cuti hargalah boleh la kita jangka berapa harganya. Kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta sendiri dengan berbekalkan peta yang diphotostet oleh tukang cari kereta sewa kami. Harga yang dikenakan setelah tawar menawar, kenyit - mengenyit, senyum terteleng- teleng dapatlah for 3 hours, RM 60. Itu pun dah tak tahu nak ke mana . (Read: Puteri Lilin adalah salah seorang peserta lawatan). Cukup sekadar pergi ke tempat yang teringin nak pergi seperti Kota Belanda (Baca sekali lagi: Pencinta Sejarah yakni Puteri Lilin tadi ada bersama dalam sessi lawatan) , pantai yang hanya singgah for 20 minit untuk bergambar (sekali lagi sila baca: Puteri Lilin, merangkap Pencinta Sejarah tadi juga tinggal di tepi pantai maka apedehal dengan pantai negeri orang lain?) oleh itu masa 3 jam yang diberi memang amat cukup. Tiada aktiviti berenang- renang di tepian pantai dalam senarai kali ini disebabkan Puteri Lilin, Pencinta Sejarah yang tinggal di tepi pantai rasa amat bosan berenang- renang di bawah terik mentari, boleh membuatkan sun block SPF 50++ pun seakan tiada fungsinya maka itu sahaja aktivit di Pangkor Island ye.

Jelas kelihatan aura pencinta sejarah di dalam diri. Terbuntang- buntang baca segala informasi yang diberi. Malas nak cerita aku tahu bukan korang minat pun kan?


Satu- satunya gambar yang mencuri perhatian sehingga teruja nak menjadikan profile picture di laman FB oleh adik aku. Diulangi satu- satunya..... yang lain semua aksi aku macam retard. Sentap.


Berehat sebentar di tepi pantai yang tak berapa nak tepi sebab PANAS. Pokok ini menarik perhatian manusia berehat sebentar. Tidur pon syiok ni. 

3 generations ;p

Perjalanan pulang singgah sebentar di Taiping! Yey!

Sepatutnya aku beli t-shirt ni sambil pakai dengan megah. Haha.

Sekian itu saja. Bai

Buyui

Sunday, February 3, 2013

Kak ni ori.

Aku suka beli handbag. Nama pun perempuan kan? Kalau aku beli no 1 aku tengok adalah size dia. Kalau boleh seluruh isi pendapatan rumah aku nak isi dalam beg tu.

Disebabkan satu peristiwa kejadian tragis telah menimpa aku satu hari dahulu di mana air oren freezy telah tertumpah di dalam beg aku ( don't ask me how and why a set of prosperity burger boleh ada dalam handbeg aku) menyebabkan segala isi pendapatan rumahku di dalam beg itu berenang umpama selautan air oren freezy sampai kembang habis prosperity burgerku di kala itu sob sob sob maka aku membuat alasan.. "Ok kena beli beg baru" (macam la beg tu tak boleh basuh pakai balik).

Maka pencarian beg baru kini bermula. Beserta dengan keinsafan dalam diri telah menerpa untuk tidak membeli lagi fake branded beg dan nak beli original designer beg tu kumampu kalau ku simpan duit dalam tabung ayam tetapi tiada gunanya sebab kalau ku beli original pun siapa je tahu menilai keaslianya dan silap2 depa cakap cek pakai cap ayam yang melambak jual tu (dan buat aku sentap) maka marilah kita cari beg yang tiada apa2 cap janji besar, tahan lama dan tidak senang terputus (iye tragedi beg aku selain banjir di dalam lautan oren ada juga putus di tengah jalan).

So antara sifat2 beg yang aku cari sekarang selain size ialah mesti tiada tulis cap Gusi, Lori Van, Paridah or even Hamis. Sila sedar diri maka berangan aje kau dengan beg2 berjenama ni di laman Pinterest saja ye.

First question bila nak cari beg yang akan aku utarakan ialah : "ni jenama apa?". Untuk memastikan jawapannya "takde jenama kak.. ". Aha! Itu yang kita nak.

Ok sampai pada intermission ala2 cerita hindustan...

Harini aku keluar makan dengan RJ lepas pulang dari kerja. Minah tu terhengen nak makan nan cis bedebah sangat. Maka lepas makan nak balik aku pun berkata nak cari beg nak ganti beg banjir aku tu padahal last week baru beli beg online tapi tak muat nak isi seluruh ahli keluarga.

Belek punya belek, (payah nak carik ikut taste aku even murah 20 hengget pun.. Dah la banyak fake branded bags serata alam kan) maka aku nampak la one fake bags ni (orang jual selalu buat terms imitate/AAA) yang macam aku nampak kat FB dulu. Sebelah bag tu pulak jenis material kureng tapi sama la jenama kunamakan jenama Kuaci la dari aku pegang ni.

Aku pun nak cakap pada RJ "eh! Ini macam dekat FB sy nampak last week"

Lantas salesgirl tu menyampuk

"KAK, YANG NI ORI" (beliau merujuk yang aku pegang tu ORI sebab tu mahal sikit).

RJ tak tahan kat situ jugak dia hentam gelak.

Dik.. Kalau la ko jual tu ori habis kat pavi bagai tu ape pulak?

RJ bila dah boleh berfikir secara sempurna cakap kat aku tadi,

"Mungkin dia nak cakap kak ni ORIENTED."

Ye la mungkin jugak ORIENTAL.

Tapi kesian jugak aku tengok muka budak tu penuh kenaifan dan bersemangat cakap bag tu ORI. Kompiden sangat ko dik. Pekerja contoh.

Ok nak gelak lagi.

Buyui



Sent from me :)

Monday, January 28, 2013

saya sudah anda sudah ? kalau belum bila lagi?

Tajuk macam gampang. Haha. Actually this was one of my wishlist. Last aku jejak kaki ke Sabah was at 2008 tak silap aku. Masa tu aku memang nak pergi ke tempat ni, tapi tak berkesempatan. So, simpan dalam hati je lah, maybe one day ada rezeki sampai la aku ke sana (bunyi macam cita- cita nak pergi Haji, puii
!!)

So this year 2013, alhamdulillah, I've made it. Mungkin aku tak mampu la macam orang lain nak panjat gunung banang Everest la, Kinabalu la segala bagai tapi for me ini pun dah cukup puas hati for myself achivement. It's a good beginning for 2013, perhaps. Harap lepas ni akan baik- baik adanya. Amin.

Aku ke Sabah pun bukan sebab nak berjalan kekdahnya, tapi atas urusan tugas. A good friend of mine pernah cakap "inilah kerja as researcher yang best, ko boleh merata or even keliling dunia demi kerja". Yes, she was damn right! Sambil buat kerja (bukan senang I tell you, kalau field aku ni, siap bau hanyir segala kena hadap) sambil tu boleh tengok tempat orang. Bila lagi nak pergi tempat lain pulak, hehe! *ok let's gigih buat proposal segala!

So here I am!


That was peta Sabah, I was at Tip of the Borneo bebeh!!Wish came true!

 Tidakkah ko akan rasa terdiam bila tengok indahnya ciptaan tuhan?



 The sunset. Sunrise? Hahah.. memang tak la.



I am enjoying the view, yang kat hujung tu la tipnya. And because of hakisan tanah tempat aku berdiri tu sikit hari makin terhakis la jawabnya. Sigh.

Ok that's all. Tata.


Buyui

Wednesday, December 26, 2012

My December

Janji Ditepati kini masa balas budi . Macam aku cakap kat entry nak hujung bulan baru aku nk up entry kan?? hahah.

Ini pun uols aku naik2 kerja dari cuti ni bertimpa- timpa benda aku nak kena siapkan ni . Hoih kalah la PM aku punya sibuk ni. Tapi sebab pening aku nak reka ayat buat surat rasmi (dah la surat rasmi dalm BI plak tu... sedangkan dalam BM pn berpeluh aku nak kena buat) so aku stop kejap karang blog lagi bagus. Hahah. 

Makanya aku hidangkan korang ape aje aku buat sepanjang Dec 2012 ni. 

Aku tak tipu memang aku bz gila start dari lepas Aidilfitri lagi, dengan outstation segala lagi report lagi, biasa la kerja kan... even stres sampai tahap rasa nak buanuh orang (ko mampu??) tapi ku gagahkan juga. Maybe penyakit gila kerja boss aku dah berjangkit and maybe jugak dari balik umah aku keje tak hadap dinding aku hadap tv so baik aku buat kerja kan??!!

Sampai satu tahap aku rasa tak boleh blah wei kerja ni, aku perlukan rehat.... memang dalam otak aku ni... dah pikir2 dah bila kala aku nak cuti, even kejap kena jugak amik cuti, release tension and release mental otak aku ni yang semakin mental kena hadap orang- orang mental . IKLAN: belilah mental si Jejaka Anggun tu memang mental abes. (dan lagi tu iklan, hahaha!)

I NEED A VACATION !!! githeww la hati aku menjerit. kan???


Sebelum aku berjaya meloloskan diri dari kerja last week (orang sibuk cuti krismas aku pun sama gedik... mcm aku sambut pun), kebetulan adik aku call ajak ke Kuantan on weekend. Aku apa lagi memang lama nk relax kan.. semalam pun jadilah... makanya ke Kuantan la kita...



Even just a short and simple holiday pun bagi aku dah cukup dah . Then back to my routine bz segala dengan outstation la,nak buat paper la, nak buat report la (sampai ke la ni tak siap2 lagi weiii) , mana lagi nak kena pergi seminar tok nenek jadah lagi, tapi aku harung la sebab memang abes tu aku nak cuti balik San Prancisco, lama kot aku tak balik jumpa mak pak wei.. fedulik ah!

So, balik kampung la kita ye...

Dah balik boleh pulak lagi ad hoc short weekend gateway lagi bapak aku pun.... hehe... aku memang suka ad hoc2 ni... soo... ke Tepen la kita ye.. Tanah kelahiranku. I love u so much Tepen!! Sampai aku cakap kat bapak aku "bila pencen yong nak duduk Tepen, mahal tak rumah sini"?" Githew... cakap macam baru jumpa emas dalam gua lagaknya. 

Maybe kalau korang tengok pada pic ni there's nothing much about Tepen, tapi.. for me it's everyhing! Boleh aku tengok apek pakai suar pendek naik beskal cm kita dulu g ngaji quran punya beskal kayuh kat area tasik tu then dia lambai2 kawan2 apek tua cam dia gak then dah penat dia duduk kat kerusi hadap tasik tu kejap aku boleh senyum sendiri. Ko mampu?

Ok, no 1 tujuan dia aku ke Tepen sebab makan (as usual la ad hoc bapak aku ajak tempat aku la cadang, lepas tu aku buat la aciter sedeh, sejak aku kuar Tepen dari tahun 97 dulu aku x penah rasa mee udang kola sepetang tu, hahahahha!). p/s: end up aku x makan mee pun sebab lapar benar so mee tak mampu menampung kelaparan perutku , haha.




Selingan : masa otw nak balik aritu boleh pulak secara unplanned  aku jumpa dengan si Faryn setelah beberapa kali plan nak jumpa tak pernah nya jadik. Faryn ni kira seumur hayat aku yang 18 tahun ni la kan tak pernah la buat blind date gini. Hahaha. Maunya betul dia ni manager social escort memang tak balik Penang dah aku rasanya silap2 dia jual aku p Nepal. LOL.

Yang syoknya dua orang manusia rabun melampau yang tak penah jumpa and tak pulak janji "u pakai la bunga selit kat poket kiri baju merah taww , i pulak selit bunga kaler kuning kat telinga baju pink" kompiden macam kenal. Aku hanya bagi panduan kat Faryn dengan ayat gini je "aku duduk bersila kat celah femes emes tengah buat wordseacrh". Hahahha . Lepas tu baru jumpa macam dah kenal 10 tahun ni, sekali Faryn tegur "ko tak nak salam aku ke?" . Hahaha . Dasar ko ni Buyui. dasar.

Dah nak balik aku pulak gedik.. "ko x nak amik gambar aku ke buat msk blog?". Offer diri sendiri . Hhaha. Naseb la Faryn, kalau blind date tu nak buat carik jodoh kompem kena reject. 

Maka inilah hasilnya.



Makanya Dec 2012 cum end of 2012 is the best for me . Stres released. Yey!

Buyui

Thursday, November 29, 2012

hai!

Assalamualaikum dan salam sejahtera (githeww!!)

Aku bukan pergi bertapa ye, dan aku bukan jugak suka- suka peram blog ni bagi bau kepam juga. Aku ada je tapi idea takde nak cerita ape dah, lagi satu kerja banyak and banyak sakit jiwa so malas aku nak cerita hal- hal kerja kat sini. Aku suka carut pasal kerja dengan orang personally message aku je or sape rajin stalk twitter aku. Hahah. Feeling macam bagus!

Patutnya aku tunggu je masuk bulan 12 baru up entry ni, even kosong.. kosong..kosong.. takde ape nk cakap pun tapi ada la list entry 1 or harapan besar takde langsung sebulan tu. Bley? 

Oklah dari aku merepek, baik aku blah. Bai. Adios. Jumpa lagi next month tu pun silap2 hujung2 bulan aku baru update. Korang (kalau la ada orang baca lgi blog ni) doa supaya aku ada idea la lagi.

Kbai.

Buyui

Wednesday, November 7, 2012

Dap! Dap! Dap!

Aku rasa lama aku tak letak gambar makanan meremves meleleh kan kat sini, ok kali ni aku letak. Ni fresh from oven ni. Githew.

My breakfast this morning. (Mampos la gila pagi2 cekau nasik dulu!)

Saje je bg large. Hahahah. Sedap sampai dalam kereta pun aku still cakap "sedapnya!sedapnya!ayam bakar dia sedap! sambal dia pun sedap!sedap! sedap! sedap!". Tudiah.. sampai RJ cakap "tak cukup ke, nak lagi?". Jangan dicabar ai okeh.. haha!



Ni, aku tahu korang pun tahu kot, it's white pepper. Memula aku ingat sireh sebab nampak daun tu. Hahah! #BIMBO

Sekian.

Buyui