Thursday, June 19, 2014

Entry kepam 2- Miri & Brunei Darussal

Hi,

Tahukah anda, kalau kita nak sebut/tulis nama Brunei ni kena diikuti dengan Darussalam ke belakang tu? Dia bukanlah macam Kedah Darul Aman di mana ko boleh je tak nak sebut Darul Aman tu.  Malas kan tulis panjang- panjang sebut Kedah je lah tak pe kan? Tapi tidak bagi Brunei DS ye.. you have to letak penuh- penuh.  Marah rakyat dia.  Sebab kitaorg pernah kena tegur dengan seorang rakyat dia yang attend meeting di KL beberapa tahun lepas. And sejak dari situ kena letak Brunei DS. Tak tahu pulak aku kalau orang tu je sensitif, tapi dah jadi amalan dah kitaorang dekat sini. *sekadar informasi penting bagi aku maybe bukan bagi anda.

Ok, mari kita masuk kepada entry kepam yang kedua.  Disebabkan bulan Februari aku dah berhabis (I am not saying berjimba sebab rasanya tak jimba sangat la kot pergi HCM tu, memang totally pergi untuk shopping ala- ala Cik Kiah kali ni) so aku tak rasa la dalam masa terdekat akan berjalan lagi menghabiskan duit sendiri bukan di atas tiket kerja lagi.  Tapi, jauhari lebih mengenal manikam (betul ke?).  

Satu hari aku didatangi oleh Kak N nak mintak tolong aku ambilkan tiket AA secara atas talian. Dengarnya AA ada membuat route baru dari KT ke Miri.  Kak N pun bercerita serba sedikit tujuan dia nak ke Miri sebab eleh Miri ada apa je kan? Rupanya Kak N cakap dari Miri dia dan kawan dia (yang aku tak kenal hanya sekadar kenal nama kerana kami di bawah bumbung jabatan yang sama tapi di di daerah lain) akan ke Brunei DS! Masa tu hati aku tak berapa macam excited lagi nak pergi., sebab bukan klik sangat kawan- kawan Kak N dengan aku ni.  Kemudian Kak N mula bercerita tentang harga tiket, berapa hari (yang hanya akan gunakan sehari sahaja cuti tahunan aku), cost bla bla bla bla bla dan bermulah mata aku mula terbeliak.  Di samping ayat yang berbunyi "Kalau tak pergi sekarang bila lagi? Sekali pergi sudahlah sementara ada geng ni".  Terus aku klik Miri and the rest is history.

Details (Memang detail I tell you) dibuat oleh Cik U. Memang impresive gila aku menengoknya.  

So bermulalah perjalanan kami ke Miri dan seterusnya ke Brunei DS.  Yeap betul cakap Kak N, sekali pergi sudahlah.  Lepas ni pergi mungkin atas dasar tiket kerja.  Kalau la ada .

Ternyata Brunei DS adalah sebuah negara yang kaya.  Memang la kan?  Oh masa tu baru first day Brunei DS announced dia akan buat hukum hudud tu.  Nak petik bunga pun takut jugak kitaorg. Bahaha.




Ini semua poyo!


Rasa macam nak kikis je bawak balik sikit emas tu.
Buyui

Wednesday, June 18, 2014

Entry kepam 1- Ho Chi Minh, Vietnam

Hai hai... I am back!

Ok, ada sawang lagi tak blog ni? Hehe.

It's been a while kan? Takdenya while dah aku rasa ni. Kalau tengok batu kapur yang membentuk stalagmite / stalagtite (ohhhh apa2 jelah eja dia) kat dalam gua tu, aku rasa dah boleh jadi bentuk dah. Haha. 

Bukannya apa , memang kemalasan melanda diri. Malas nak menaip, malas nak cerita (sebab tak ada pun orang nak jengah, tak penting pun) so tak adalah entry. T_T

Bulan Februari lepas aku ke Ho Chi Minh atas dasar menghabiskan duit.  Ko mampu trip pergi cuti semata- mata nak perabih duit. Memang aku tak pergi tengok pun rupa HCM tu mcm mana. Cuma tengok bila naik cab je. Cakap pasal cab dia bila time nak balik ke airport tu je paling lawak.  Dengan orang dia memang tak boleh bercakap omputih langsung. Semua pakai bahasa isyarat or main tunjuk address mana ko nak pergi je. Then dirver tu macam terkial- kial nak bawak manual.  Aku dan kawan aku syak maybe dia ni gantikan driver asal yang mungkin ada hal agaknya. So dia tak biasa, everytime berhenti dekat traffic light dia akan jadi seperti budak yang sebelah dia ada JPJ and cuak nak masuk gear 1 , dengan tahulah keadaan traffic dekat Vietnam macam mana kan? Memang engine mati, ko kena hon, moto berdesup sana sini. And just imagine aku dan kawan aku dalam tu . Muka kami semua jadi color biru ok!  

So, perjalanan yang sepatutnya 30 minit boleh sampai airport mungkin akan jadi 2 jam ni.  Mampos. So, aku dah bertukar jadi macam cikgu driving school.  Bila lampu isyarat hijau , "Gear one, clutch, slowly, go". Jalan sikit "Clutch , gear two". Sampai merah je, "Clutch, break. Free gear, free gear....". Mampu? Tak sudah ni kami mintak je berhenti dekat satu tempat yang mudah dapat taxi. Dengan nak angkut beg lagi.. dengan nak explain dengan dia apesal nak berhenti and nak mintak duit separuh lagi, hazabunnn!! Tapi, bila sampai dekat airport dengan pakai taxi lain, tetiba boleh pulak terserempak dengan pakcik ni balik dekat departure hall??? Apakahhhh.....???:O

Ok , esok - esok sambung pulak kisah ke Brunei. Githew. Tetiba jadik banyak pulak cerita. Memang sah baru keluar dari gua.

 Nice kan?


L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very very extra-ordinary
E is even more than anyone that you adore can
Githew. Lempang kang!
Kopi dia memang menjadi kegilaan.  Terus lupa kejap caramel machiato starbucks tau tak? 




Buyui

Monday, February 24, 2014

Kisah camera, debu, vacum dan aunty kedai buruk menjanjikan harga yang murah

Camera aku macam nak buat hal lagi.  Dah macam upacara tahunan pula bila cukup setahun musuh ketat nama mat saleh dia Fungus Smith dan nama kampung dia Kulat bin Jusoh nak datang menyinggah.  Tetamu tak diundang sungguh.  

Disebabkan minggu lepas aku sibuk dengan training yang menekan kepala (susah gila la nak cakap tak pernah aku attend training yang full and pack mcm ni - dasar orang gomen kerja nak senang je bila orang komplen tau pulak marah (akulah tu) ) so aku decide nak hantar camera tu this week.  Surprisingly tetiba si Fungus Smith tu gone. Aik? Maybe it just a dust (kata aku menyedapkan hati sendiri) yang hilang masa aku cuci last week. Mintak- mintaklah… 

Jadi, duit yang aku save untuk bayar service tu tak dipakai maka mari kita pergi carik camera beg la.  Ko tengok dasar manusia dihasuti syaitan sangat. Selagi duit tak abes selagi tu tangan ni gatal.  Jalan punya jalan tak berkenan di hati la semua beg yang ada and ditambah pula dasar cheapskate so lenkali la beli.

Tapi tu bukan topic utama entry aku kali ni yang entah bila la korang akan baca entry baru lagi lepas ni.  Disebabkan deret-deret kedai tu ada kedai elektrik so aku pun nak pergi lah usha vacum cleaner.  Kedai buruk selalunya menjanjikan harga yang murah mengikut persepsi aku.  

Aku pun ditegur oleh aunty kedai tu.  Aku tanya harga pada barang A.  Jawapan aunty kedai buruk menjanjikan harga yang murah tersebut.

"Ini harga dia RM XXX , yang ni pula (merujuk pada barang B) LAGI MURAH ".

Tak habis di situ, dia menambah;

"U pergi kedai depan tu, dia jual lagi murah".

Motif aunty ni suruh aku pergi kedai lain? Dia ada sharekah? Bukan patut dia promote barang kedai dia sendiri ke?

Ke dia tengok aku ni selekeh je macam student duduk dekat rumah flet satu bilik air kongsi 10 orang? So ingat aku tak mampu nak beli vacum cenonet baru RM 200 lebih tu?

S.E.N.T.A.P.

Buyui

Thursday, February 6, 2014

Bekal

Hi, Selamat tahun baru 2014. (Hahahaha.. org dh msk bulan dua dah Buyui oi)

Aku baca entry Kak Tijah pagi ni.  Cerita pasal bawak bekal anak ke sekolah.  

Aku takde la anak nak bawak bekal pergi sekolah.  Tapi aku dulu adalah sejenis budak sekolah yang mak dia bagi bekal nasi goreng tiap2 hari without fail. Serius tiap2 hari nasik goreng. Takpun mee segala tu. Kalau tak nasik emesti hidangan yang jenis akan pasti terbelahak kenyang sampai balik tengahari. Gigih tak gigih mak aku yang kerja tu.  Hari - hari mak aku bg bawak dari aku darjah satu sampailah aku darjah 6. Sekolah menengah dah sekolah petang, selalu nenek aku yg masak for lunch so aku makan sesiap kat umah sebelum pergi sekolah petang.  Lepas tu dah besau pandai2 la kau cari makan sendiri.

Masa aku dekat Jepun sebulan dulu pun, gigih aku tengok bebudak Jepun ni bawak bekal. Korang tahu la Jepun ni kalau bawak bekal jenis comel- comel je. Idaklah sampai nak deco lawa- lawa tu tapi aku tengok cara dia susun makanan pun ya rabbi lawa dan kemasnyaaaa…. Eh, dia ni bangun pukul berapa siapkan makanan semua ni ha? Jangan cakap student je bawak bekal, sensei aku tu pun bawak bekal kadang- kadang. Lauk diaorg tu dah la jenis beranak - pinak. Macam- macam side dish sampai ke buah pun ada. Bukan macam kita kalau rasa harini malas, nasi goreng campak- campak pun jadi.. silap- silap telor dengan kicap pun bolehhh….

Masa aku dulu sekolah, dah mak aku kasik bekal, so jimatlah sikit duit sekolah aku.  Memang la dulu duit sekolah aku tak la macam budak sekarang sehari dengarnya sampai 5 hengget? Pergh… tapi boleh la masa tu aku simpan- simpan nak beli apa aku nak.  Makanya aku rasa kalau la aku ni jenis rajin nak masak satu hal, and gigih bangun pagi semata- mata nak prepare bekal makan mesti sekarang ni duit aku dah boleh beli ferrari kan? Ala ferrari yang shell bagi tu la. Hahahahaha.

Pokok pangkalnya diri sendiri ni kena rajin.  Kalau bising banrang naik segala kena la berjimat cermat kot, kalau bising naik harga tapi still nak kena minum starbucks hari- hari memang la kerja kau makan kangkung je sebab kena jimat. Eh!

Aku cakap je.. cakap je…...

Buyui

Tuesday, December 31, 2013

Mana nak cari lagi 5?

Tadi aku berborak dengan N.  Dia boleh bagi aku satu bahan lawak paling lawak sebagai penutup 2013 ni. Memang merah muka aku tahan gelak takut orang kat ofis cakap aku gila.  Si N yang memang tak berapa nak kenal pelakon Malaysia ni (bukan main- main tapi memang betul) dengan tak bersalahnya tanya aku siapa tu Wan Maimunah sebab dia pelik kenapa TV pada TENGAH HARI ahad yang lalu nak siarkan cerita perempuan tua kahwin.  LOLS. 

Bila aku cakap tu pelakon and asked her tak kenal ke? Dia cakap dia tak tahu lainlah kalau Wan M tu berlakon dalam LOTR.  Aiyo la Nina.  

Tu bukan lagi topik utama aku cuba nak sampaikan .  Selain dari lawak tu yang buat gelak aku masih bersisa ni, tetiba minah ni bagi aku satu statement yang pada mulanya dia minta aku teka nisbah lelaki Malaysia kepada perempuan di Malaysia ni.  Koser aku nak teka dia pun bagi tahulah;

106 : 1

Dan as researcher (yang apa saga topic mesti nak gali lebih kepada merepek sebenarnya kami pun menganalisa ;

Nina : Dari 106 yang islam maybe 60 orang.  Dari 60 orang tu maybe gay and nyah 20 .. so ada lagi 40 orang. Then drug addict 10, tinggal la 30

Aku : Dari 30 tu laki orang maybe 10, then tinggal la 10 orang.

Dari 10 tu pulak 5 orang maybe workaholic tak fikir nak kahwin kan. So tinggal 5 je available.

Soalan : Ingat senang nak cari 5 orang dalam Malaysia ni. Maunya dia ni cikgu keje dok kat Sabah pendalaman yang 6 bulan sekali je boleh keluar bandar, mana nak carik? Umpama mencari semut di pasir sahara nun. Githew.

Haha. I can just forget about it.

Happy new year!

Buyui



Sunday, December 29, 2013

Ayong's ferrari

Cuti Krismas ni aku berkesempatan balik kejap walaupun pada mulanya aku macam malas nak balik, but knowing me yang tak boleh ramai sangat tanya "tak balik ke?", "cuti buat apa". kitaorg balik ni, tak balik ke?", terus aku cek tiket online zas terus bayar.  

Dah semua balik so jumpalah si Kenit ni.  Lama juga tak jumpa dia.  Dah pandai dah cakap bahasa yang kita boleh paham.  And surprisingly he can sebut my name as Ayong , tanpa diajar.  Perasaan dia sukar digambarkan.  Even satu benda pun aku tak beli kat dia boleh tetiba dia cakap mainan hasil dia pow Tok Ibu  dia (yang dia panggil as Abu) dekat 7e tu dia cakap Ayong yang beli. Kahkahkah. Sentap tok ibu. 

And dia pun dah pandai kenal tuan punya kereta. When I point to my CLK he said "Ayong", dekat kereta bapak aku he said "Atuk" and to his mum's car "Ami".  Bagus.  Mesti sel otak dia merengsa-rengsa di segenap ruang.

Tadi mak dia melaporkan, bila lalu satu ferrari ni mak dia tanya la . 

"Kereta sapa tu?"

And he said " Ayong".

Yes!

Walaupun aku tahu asal sebut word car tu mencanak- canak sel otak dia ingat nama aku.  Waima lori tercabut tayar pun kalau tanya kereta sapa pun dia akan sebut Ayong.  Fedulik ah!

Buyui

Monday, December 23, 2013

Kami mahukan entry yang boom!

Tetiba aku ada idea nak membebel harini.  Hehehe.

Aku tau bukan ada orang baca pun.  Kalau ada terima kasih la ye kepada korang yang menjadikan blog ni macam kes terpencil korang. Err.. aku rasa macam tak related je word terpencil tu tapi aku suka pulak nak sebut. Hahah. Korang nak tahu ada orang yang aku kenal yang sebaya aku (nak kata aku masih muda sila la paham point ni) still lagi pakai ayat- ayat Melayu buku. Bukan bahasa pasar ye, ayat buku ikut skema BM SPM tu.  Bukan sahaja pertuturan seharian, malahan bahasa SMS jua.  Jadinya aku belajar kes terpencil ni dari dialah. LOL.  Bila diselidik dia adalah salah seorang pemidato. pendebat dan seangkatan dengannya waktu sekolah dulu, malah pernah wakil sekolah peringkat negeri rasanya dalam penulisan bahasa melayu. Hmm patutlah.  Tapi bagus juga ada orang macam ini lagi zaman sekarang ni walaupun aku rasa selalu pening- pening bila berbual (yes, dia gunakan perkataan berbual instead of berborak, ko mampu?) sebab banyak kosa kata aku kena hadam dan mampu merasakan aku ni patut ambil balik BM Paper Julai lagi.

Eh, dah tersasar. Aku nak cerita, lately ni seperti mana yang kita rasa blog ni dah semakin hambar.  Especially blog korang tengah baca ni, yang maybe korang jumpa semasa tengah google kata cari yang eh malaslah aku nak sebut sebab selalu keywords selalu tak kena gaya dengan entry aku.  Kalau korang rasa hambar aku pun begitu jua, bukan sahaja hambar dengan blog sendiri malahan blog yang selalu aku jamu mata dan sanubari (gituuu) di setiap hari. Serius aku dah bosan.  Tak ada entry yang boom pada aku.  Isi tetap sama. 

Dulu boleh dikatakan aku teruja jugalah bila blog pilihan aku ada cerita- cerita baru tapi walaupun dihidangi dengan gambar- gambar anak yang cute pada mata ibunya (bak kata mak aku dulu "semua baby cute sape punya baby tak cute?") , gambar bercuti ke sana sini sampai gambar beratus keping tapi different angle orang tetap sama memakai baju yang sama di waktu yang sama,  gambar makanan yang menggiurkan (ok ni still lagi aku ada nafsu untuk kutatap) , cerita pasal bf/tunang/laki tak habis-habis umpama di dunia ini hanya merekalah adam dan hawa bak aaron aziz si pilot dan nadiya nissa dan lain- lain cerita termasuklah pasal cerita gigi patah pun nak cerita disertai gambar gigi karat baru kena cabut pun letak. But sorry , I think it's my problem not yours sebab tu blog korang , korang pegang passwordnya so it's up to you la nak tulis apa pun kan hatta gambar pampers anak yang berisi pun kalau korang rasa indah yang berkilau-kilau letaklah, aku tak suka aku boleh tak baca. 

Maka, aku cuba jelajah lagi dengan keadaan di pejabat yang lemau sebab dha hujung tahun kan, so I tried tu find out new blog yang boleh isi hati aku yang lemau sebab mungkin faktor usia so aku tak boleh hadam dah blog yang sedia ada.  Boleh tak aku rasa kalau entry review pasal pergi bercuti for example is lame? Tengok sendiri la entry aku pasal Bali bukan ada cerita sangat pun sebab aku rasa hampir 1/4 rakyat Malaysia sudah sampai ke sana.  Jadinya informasi yang dulu bloger ni rasa boleh membantu readers kalau nak pergi ke sesuatu tempat sekarang ni pada aku boleh google sahaja dengan mudah (tu la aku rasa sebab faktor usia sebab aku tak rasa dah excitement tu).  Again, ni apa aku rasa lain orang lain rasa tu ye tak.  Teruskanlah pembacaan korang, bukan korang curi masa dan tenaga aku pun.

Aku ada la jumpa a few entry dari other blog yang aku tak pernah jumpa selama ni yang menarik minat aku.  Tapi kenapa mereka ini jarang update?  Apa yang aku perhatikan sekali mereka ini keluar dari 'sarang' mesti entry dia boom! Orang macam inilah kami peminat blog cari (orang yang macam aku).  Hahah.  Bukan lah hanya mengejar duit iklan semata- mata sampai update kena wajib setiap hari (pernah tahu tak situasi lagu sebagai contohnya kalau disiar di radio berkali-kali saban hari even dari One Direction yang jadi kegilaan hipsters sekarang ni pun boleh jemu?) jadinya silalah jangan gunakan ayat penat terpaksa stay up sampai suboh hari semata-mata nak update entry.  Kami tak suruh atau membayar mereka ini untuk update.  Yeah maybe I am not one of the readers yang memang bertenggek depan pc sambil tekan refresh button 5 minit sehari untuk tunggu entry kalian.  

Again, faktor usia dah kot.  Ok, aku masih lagi nak menjelajah blog berilmiah (pada aku punya tahap ilmiah) yang lain. Wish me luck.

p/s: Entry ni tiada kaitan dengan orang yang aku tahu malah orang yang dia tak kenal aku.  

Buyui