Monday, April 20, 2009

kill bill wannabe

okeh...this time i nak ubah sikit cara tulisan..i nak tulis mcm cerpen..(nak test writing skill katanyer) so maybe agak panjang sikit okeh...so i bitau awal2 kalau tak nak baca takpe...

begini ceritanya:

Di satu petang yang hening, semua murid Tahun Empat sedang tekun mendengar pengajaran sang cikgu di hadapan. Walaupun Rosnani (bukan nama sebenar) ada juga terasa sedikit mengantuk sambil membayangkan alangkah enaknya jika berada di rumah namun digagahkan jua matanya itu untuk memahami ape yang cuba disampaikan oleh sang cikgu di hadapan.

Tiba- tiba seluruh warga sekolah di daerah Rawang, Selangor itu dikejutkan dengan bunyi siren yang datangnya secara mengejut dari kenderaan anggota FRU yang tidak berhenti sambil suara- suara pekikan para guru, kanak- kanak serta ibu bapa yang tiba sama untuk mendapatkan anak- anak mereka.

Semua kanak- kanak di dalam kelas lari bertempiaran, semua menjadi tidak terkawal. Sang cikgu juga tidak dapat mengawal keadaan anak- anak comel ini kerana mereka juga sibuk menyelamatkan diri masing- masing.Rosnani juga menjadi bertambah takut dan gusar. Sungguh kasihan anak sekecil ini terpaksa menghadapi kekalutan ini yang masih belum tahu punca dan sebabnya ini.

Di kala semua manusia lari bertempiaran menyelamatkan diri, Rosnani berlari menongkah arus manusia itu menuju ke kelas murid Tahun Satu mencari satu-satu adiknya Iddin (bukan nama sebenar).Di sambil itu sang polis bersuara "Semua orang sila bertenang dan selamatkan diri anda,kanak-kanak sila pulang ke rumah dengan segera,rusuhan sedang berlaku!Lari!"

Rosnani terus menarik Iddin yang masih menangis ketakutan itu dan mengajaknya pulang secepat mungkin. Walaupun selama ini mereka berjalan kaki sahaja ke sekolah tetapi dengan keadaan yang sungguh kucar kacir itu perjalanan yang singkat dirasakan seperti amat lama dan aspek keselamatan juga perlu diambil kira.

Walaupun ade segelintir ibu bapa yang datang mencari anak-anak mereka,namun bagi Rosnani negara lagi memerlukan khidmat bapanya pada masa itu sebagai sebagai anggota polis berbanding dirinya adik beradik. Langkah kaki harus dipercepatkan menuju pagar sekolah.

Mujurlah Rosnani terserempak dengan Pak Cik Hassan (bukan nama sebenar) yang kebetulan datang mengambil anaknya dan sudi menumpang mereka adik beradik pulang ke rumah. Walaupin keadaan kenderaan Pak Cik Hassan agak kurang selesa namun tidak putus-putus doa Rosnani agar dia dapat segera sampai ke rumah.

Sesampainya di rumah barulah Rosnani tahu bahawa rusuhan kaum secara besar- besaran telah berlaku melalui berita yang dihebahkan melalui corong- corong radio. Dan dengan itu pihak pemerintah telah mengeluarkan perintah darurat. Rosnani amat bersyukur kerana dia dan Iddin sempat sampai ke rumah kerana dengar khabarnya agak ramai juga kanak-kanak ditangkap oleh pihak yang memulakan rusuhan dan dibiarkan mati di kawasan lombong terbiar di Sungai Choh, Rawang Selangor terutamanya anak-anak anggota polis. Syukur!

Agak lama juga sekolah- sekolah ditutup kerana peristiwa ini. Agak lamalah juga Rosnani sekeluarga hidup dalam ketakutan dengan kekurangan makanan akibat darurat,dengan kawasan persekitaran yang hanyir dengan bau darah manusia dan mata yang sudah lali melihat mayat-mayat bergelimpangan sana- sini tanpa sesiapa pun yang berani menuntut. Jika di zaman ini peristiwa bunuh-membubuh itu boleh disamakan dengan adegan dalam filem Kill Bill. Semua penduduk hanya berani duduk berdiam diri di dalam rumah sambil si bapa mengasah parang,pedang dan tombak di setiap ketika sebagai senjata mempertahankan keluarga masing-masing dari segala ancaman dari pihak musuh.

Akhirnya negara kembali aman setelah pihak pemerintah bersusah payah mencapai rundingan demi rundinga demi keadilan dan keamanan semua pihak. Semua pihak lega dengan keputusan yang dicapai melalui RUKUNEGARA itu. Tetapi bagi Rosnani peristiwa berdarah ini memang tidak dapat dilupakan hinggakan bapanya sanggup menjual tanah tempat tinggal mereka di situ tidak lama kemudian kerana terlalu trauma dengan peristiwa berdarah itu.

Dari pengalaman 13 Mei (yang tercatat dalam sejarah Malaysia) itulah Rosnani berkongsi pengalaman yang dihadapinya sekeluarga dengan penulis sebentar tadi sebagai iktibar.

P/S:harap2 kejadian 13 Mei tu tak berulang..ngeee..ngeri!

Nurul Azliana a.k.a. Buyui



1 comment:

jejaka anggun said...

oleh itu jgnlah kita bersikap prejudis pada bangsa lain....