Tuesday, March 13, 2012

Mengapa ramai nau orang sengal di dunia ini

Semalam adik, aku bukak lagi sessi persidangan. Dia ni kadang- kadang aku kompius jugak , asal dia pergi ke mana- mana je mesti ada cerita bagi aku gelak guling- guling. Macam dia ni pergi tengok royal london circus ke , pergi interview kerja ke aku pun tak sure. Ke dia ni pergi audition benda lawak- lawak macam mental mentor tu ke. Kalau la adik aku tu pergi audition mental mentor tu nak jugaklah aku pesan awal2, "kalau dapat, call aku pasang loudspeaker so boleh lah aku feeling marah macam mak tak bagi ko join ujibakat tu", Boleh la aku prepare skrip ape patut sama kan?

Ikut cakap dia masa dia pergi ujibakat interview hari tu, sebelah dia ni ada la sorang perempuan. Graduate dari one of college (collage ke college ha?) tulis kolej je kan senang? Susah payah ko ni Buyui. 

Ok budak ni isi la borang sebelum kena interview tu pastu dia bagilah dekat orang berkenaan. Sekali adik aku ni cakap orang tu gelak kat budak ni. So budak ni pelik la. Aku namakan budak ni A, orang kat tempat tu B.

A: kenapa gelak tengok borang saya tu? (adik aku cakap budak ni dengan aksi blur2 konon feeling comel macam minah k-pop), ok k-pop tu aku tambah. Haha!

B: Awak sure jenis bahasa yang awak tulis ni?

A. Ye la, saya pasti (sambil mata mengerdip- ngerdip ) -- ok tu pun aku tambah sendiri. haha!

B : Bahasa yang awak tahu ni, melayu, inggeris dan INDON???? Awak orang dari sana ke? (sana tu merujuk Indonesia la, aku pun pikir kot dia ni keturunan ibu sari ratu sehari tu ke ape ke kan?)

A : Eh tak la, saya orang melayu la. (mesti masa ni dia terfikir nampak macam asal dari Indonesia ke dia ni?)

B : Dah awak tulis tu awak tahu bahasa Indonesia?

A : Oh, sebab saya banyak tengok sinetron kot? So saya tahu la bahasa Indon. 

Ko mampu tulis dalam borang kerja ko tau bahasa Indonesia just hanya ko ligat tengok sinetron kat tv? Macam tu je? Kalau camtu aku pon boleh letak macam- macam bahasa. hahahahaha!

Lepas tu dia tulis lagi kat resume dia , dia ada talent dalam bidang kaunseling. So orang tu tanya lagi, apa je awak tau pasal kaunseling (ikut diploma dia bukan bidang kaunseling pun).

Sekali dia jawab ape?

"Saya selalu kaunseling kawan- kawan saya yang ada masalah".

Oh, ni Cik Sri Siantan rupanya.

Dah la dia boleh pulak tanya kat orang tu "Encik, ni gaji ni berapa saya nak letak ni?"

Eh! Kau nak kerja ko pulak tanya orang tu berapa nak letak? Aiyo! Sebelum tu dia cerita kat adik aku dah 3 interview gomen dia pergi tapi satu pun tak dapat! Well, masuk gomen memang susah aku pun tau, tapi kalau aku orang gomen yang interview dapat orang macam ni...????? Camne ha?

Patutlah dulu aku pernah baca artikel mana tah, pelajar graduasi (haha! aku banyak tengok sinetron jugakkk, ingat dia je reti tengok sinetron) tempatan ramai yang tidak mempunyai daya pemikiran kritis.

Camnilah kot maksudnya. Aku pun bukan reti sangat sebab aku pun pelajar graduasi tempatan. Lol!

Buyui

8 comments:

Che Sue said...

kah kah kah! err aku pun nk letak aa skil KAUNSELING dlm resume..tu bakat terpendam tu cik buyui! hahhaha~!sengal..

Buyuiazliana said...

tau x pe, mana la aku tak terpikir betol ke adik aku ni pergi interview kerja ke pergi melawat org sakit mental kt spital? hahaha!

jejaka anggun said...

aku ada gak skill... skill di atas ranjang. caner? jawatan nak apply, pegawai tadbir... hahahah

Buyuiazliana said...

hahahahahahha! kalau ko ltk cm tu pastu org interview tu ckp nk test skill ko ok x nok?

F A R Y N said...

aku nak letak aku terror cakap siam la... hahaaha

Buyuiazliana said...

aku lak nk ltk aku terel gila ckp kedah...siap mmg tulis

Bahasa : kedah's language terel to the hell!

nqr said...

aku nak isi bahasa sarawak

Buyuiazliana said...

baik wei ko isi bahasa polish walaupon ko tau sebutir dua..haha