Tuesday, June 19, 2012

Bersyukurlah seadanya

Kenyataan manusia tak pernah puas dengan apa yang ada tu memang tepat kan? Even aku sendiri pun dah dapat apa yang dihajati pun still lagi rasa nak lebih. Nak yang lebih baik or terbaik. Dan sampai tahap macam tu apa lagi yang kita nak? Or itukah betul tahap yang terbaik dengan apa yang kita mahukan? Tepuk dada tanyalah selera. 

Memang adat la sesiapa yang bekerja dengan pekerjaan yang melibatkan keselamatan negara ke, ape la mesti hidup berpindah randah tu adalah perkara biasa. Aku sendiri pun pernah merasa jadi macam orang baik sikit dari nomad ni. Elok je aku merasa selesa di tempat baru, ada lah abah kena pindah sana sini. Tapi ok la lagi nak banding dengan Mek Cher sekolah dia saje pun dah berapa kali tukar ye dok? Same thing happened to one of this person ni. Suami dia diarahkan bertukar and that time dia pun tak dapat bertukar mengikut suami pada masa yang sama. Kena bersabar dulu. Ambil masa la nak uruskan semua urusan pertukaran ni. Banyak kali juga aku nampak dia mengeluh dengan nasib dia. Macam kerja dia banyak tak terhandle aka sotong bersilat, nak uruskan anak- anak lagi, nak kena ulang - alik on weekend lagi. Aku pun simpati dengan nasib dia dan berharap agar urusan pertukaran beliau itu dapat disegerakan.

Dan akhirnya urusan pertukaran beliau dapat diselesaikan. Happy tak terkata. Pada aku ok la urusan dah selesai semua kan? Boleh la dia kembali bersama suami, anak- anak and hidup seperti sediakala. But, till now I still can see rungutan- rungutan dia such as kerja yang menimbun, time to spend with kids tak ada since dia kena kerja during school holidays, suami pulak kena outstation. All this rungutan buatkan aku terfikir " dulu ko juga nak tukar, dah tukar ko merungut lagi?".

Aku bukan berada di dalam situasi dia, mungkin aku tak paham apa dia rasa. Or maybe dia akan cakap dia mintak tukar bukan sebab kerja tak selesa dengan kerja tapi sebab family. Ye aku heartless sbb aku tak pikir susah payah jauh dengan family, walaupun dulu masa kecik abah aku pernah berjauhan dengan aku sekeluarga selama dua tahun and aku ingat masa tu dua kali aku pergi melawat dia di JB (masa tu aku duduk Taiping), sekali naik apa aku tak ingat sekali lagi cuti panjang naik KERETAPI yang dari subuh membawak ke maghrib baru nak sampai. Tabah sungguh la arwah mak aku masa tu. And before aku wujud pun memang parents aku duduk berjauhan juga maybe diaorg dah biasa. 

Well, itu kisah pertama apa yang aku rasa manusia tak pernah merasa puas. Aku bukan nak pointkan dekat sini kisah kenalan aku itu, maybe ada banyak masalah- masalah yang dia hadapi yang aku tak tahu. Point aku ialah manusia tak pernah rasa cukup/bersyukur dengan apa yang ada. Macam aku, dulu nak sangat kerja, bila dah kerja tercampak di sini dah satu hal pulak jauh dengan family yang buat aku 24 jam cuak bila telefon bunyi especially tengah- tengah malam. Dulu baru masuk kerja aku meroyan nak kerja, sampai dapat buat minute mesyuarat aku punya happy macam dapat emas terjun dari langit. Hahaha. Sekarang , masuk meeting kalau boleh kepala nak masuk bawah meja supaya aku tak kena catat minute. Sebab sekarang aku dah berada di fasa sotong bersilat. Tak terhandle dah rasanya. Ini pun amik masa kejap release stres, kalau kat rumah lama dah aku tido. Hahaha.

Makanya entry aku ni ditulis just nk expresskan rasa/ingatan untuk diri aku sendiri. Maka bersyukurlah seadanya at least aku boleh lagi sihat, kerja di bumi yang aku boleh blend dengan masyarakat sekeliling yang apa aku nak beli tak perlu takut- takut halal ke tak walaupun ada je question ini halal itu tak halal, ubat gigi tak halal, sabun mandi tak halal, cuci lantai tak halal semua tak halal. Pening aku semua haram , hamjadah la. 

Sekian. 

Entry baru tah bila aku boleh buat, idea tak ade dan sibuk jadi sotong yang bersilat. Chiow

Buyui

3 comments:

jejaka anggun said...

panjang sesi luahan rasa kali nih....

Buyuiazliana said...

bagi panjang siap2 sbb next entry entahkan bila so boleh la baca entry ni pastu sambung esok baca lagi. haha

Cherrylicious Baby Stuff said...

tudiah pjg nya entry...sama lah nok...mak pon tgh menyotong jugak nie...dijangka sampai lps ry...homaigod....rezeki...alhamdulilah...