Thursday, March 8, 2012

Luahan hati

Bila aku duduk sorang- sorang aku selalu berfikir mengelamun . Macam- macam aku fikir / berangan . Kadang- kadang apa aku nak buat, macam mana nak kaya (hahaha!) , macam mana nak settlekan masalah orang, family aku, pasal gosip segala macam benda aku fikir.

Kadang- kadang aku fikir, pasal baik buruk diri aku sendiri. Aku ni baik ke dengan orang di sekeliling aku. Aku ni penah ke sakitkan hati kawan- kawan aku. Or apa kawan- kawan aku dah buat kat aku hari ni. Apa diaorg ada gembirakan aku ke hari ni, gelakkan aku , or bagi aku ketawa. Apa aku ni hari ni ada bagi kawan- kawan aku or org sekeliling aku marah/tak suka/benci/ sentap dsb.

Banyak kan aku fikir pasal orang lain? Aku ada banyakkk perangai. Salah satunya aku terlalu takut orang marah/sentap/sakit hati pada aku. Even kadang- kadang aku merempan dalam boog ni, tapi tu apa dalam hati aku menjerit saja. Depan - depan orang tu tak de nyer berani aku nak cakap apa- apa. Hahaha! Sebabnya satu je, AKU TAK MAHU ORANG TU MARAH PADA AKU, DAN TINGGALKAN AKU DALAM HIDUP DIA. Bukan orang bercinta je takut kena tinggal, aku pun takut kalau orang- orang yang aku kenal tinggalkan aku. Aku cukup kagum pada orang yang cakap "Lantak la dia nak marah dengan aku tak suka boleh blah, ada aku kisah". Ye, aku cukup kagum sebab aku hanya berani cakap dalam hati saja ayat macam tu, kalau cakap dengan mulut pun aku langsung tak mahu benda macam tu berlaku pada aku. Seriyes ni masalah dalaman aku.

Melainkan........................ aku memang pissed off pada orang tu, which memang sepanjang hidup aku , rasanya ada satu dua nama saja kot yang memang aku delete dia dari hidup aku. Itupun orang tu yang buat dulu. Maka....itu bila betul- betul aku MALAS NAK LAYAN KAU.

Makanya................. bila aku sangat- sangat - sangatlah marah dengan seseorang aku akan diam. Diam sediam-diamnya. Aku pernah tanya pada kawan aku Anne baru- baru ni, sama ada dia sedar dulu masa aku sebantal sepinggan dengan dia ada tak dia perasan kalau aku benar- benar marah? Dari jawapan yang dia bagi tu aku tersenyum sebab Anne tak perasaan yang aku benar- benar sentap masa tu. Misi aku berjaya, bila aku marah orang tak sedar yang aku marah maka orang tu takkan sentap dengan aku dan tinggalkan aku dari hidup dia.

Sikap aku still sama sampai ke hari ini. Aku kalau bengang macam mana sekalipun aku akan diam. Aku tak akan keluarkan peluru berbaris- baris tembak orang tu. Sebab aku nak jaga hati orang yang aku marah tersebut.

Tapi bila aku senyap tak keluarkan peluru tembak kau jangan la ambik kesempatan pulak. Bila aku tak tunjukkan kemarahan aku bukan bermakna aku anggap apa yang kau buat tu satu gurauan. Silap aku juga sebab tak tunjukkan kemarahan aku. Sebab aku takut sekali keluar peluru ru tembak kau memang hancur berkecai sebutir tulang pun dah tak boleh nampak.

Ye, aku tengah sakit hati. Sila abaikan rempanan aku ini. Ini bukan rempanan kepada masalah kerja yang melanda , ini masalah lain.

p/s: nabi pesan kalau tengah berdiri ketika marah, duduk, kalau marah tengah duduk , baring. Tidur jom!

Buyui

4 comments:

Anonymous said...

makan ice cream

Buyuiazliana said...

thanx for the advice

jejaka anggun said...

sabar itu separuh dari sabariah mansor...

Buyuiazliana said...

sabariah mansor pon lari balik umah nyonya mansor lepas duit abes main kuda lumba