Monday, April 30, 2012

Karma

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya

Petikan ni aku dapat dari kawan aku share kat FB last month. Katanya dia amik dari FB Page Ustaz Don. Punyalah gigih aku korek balik FB Page kawan aku (yang aku tak ingat sape share ), lepas tu bukak lak FB page Ustaz Don ni. (Nampak sangat aku tak follow ustaz Don ni, kahhhh). Aku bukan tak mau dengar la benda2 ustaz ni sampaikan, tapi satu aku takut tengok muka dia celak tebal sangat (ye ke tebal alasan je aku ni) dua sebab entah la aku tengok lately ni ramai pulak ustaz keluar macam celebrity, macam cendawan tumbuhnya lepas hujan. So, kalau aku nak dengar aku baca je dari FB kawan aku share, mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan( betul ke?). Lagipun kadang- kadang ade jugak cakap hadis ke ape yang circulate tu ade yang tak betul, so aku tak nak amik risiko la sebar benda palsu melainkan aku kompom benda tu sahih kan? 

Tapi petikan kat atas tu , membuatkan aku terpikir dengan ape yang jadi pada aku minggu ni. Itulah sama orang cakap kerana mulut badan binasa. Nikmat rezeki Allah tarik dekat aku ni punca dari banyak perkara, mungkin aku malas kerja?mungkin juga aku tak patuh perintahNya?mungkin aku banyak mengumpat orang?Mungkin juga aku kutuk orang?Banyak kesalahan kita yang sedar atau tidak. Maka Allah nak berikan aku pengajaran.

Peristiwa satu; aku boleh kecoh2 pasal sorang hamba Allah ni. Macam nak cari salah hamba Allah ni, sekali Allah nak tunjuk amik kau aku buat salah yang sama , hari yang sama and even worst I didn't notify it at all! Sungguh la memalukan dan menginsafkan.

Peristiwa dua; Ingatkan kisah / tauladan dari peristiwa satu tadi dah habis. Nak jadi cerita aku bawak kereta , accident la pulak.... Alhamdulillah aku ok, CLK aku je kepek sikit. Masa aku kena tu, (yang mana aku yakin aku tak salah) si pemandu ni blah je. Maka aku kejar. Nama pun gangster kan? Tup2 nak jadi cerita aku nak parang marah dia, dia boleh kona jadi aku yang salah. Disebabkan panic aku tak boleh ingat langsung sama ada aku di jalan yang betul atau tidak. Psiko betul akak ni. Seharian aku berfikir. No report been done so far (hopefully la, ikut cakap akak tu). Dipendekkan cerita setelah berapa siri drama dia dan aku buat aku kena la bayar. Alhamdulillah , tak la banyak kena bayar sampai terlentang. Aku ada pergi semula ke tempat kejadian, and ternyata aku di pihak yang betul (tak tahu lak pulak aku ada sifat defensive sampai kabur dengan kebenaran). Maka aku fikir balik "mungkin itu bahagian aku, rezeki (duit kena bayar) tu bukan hak aku, kalau betul aku salah, aku terima, kalau betul aku benar, the day will come (tu aku cakap kat akak tu).

Lepas all transaction dah buat , boleh pulak akak tu sms cakap la "ni semua ada hikmah, harap kita boleh jadi kawan selepas ni,".

Hmm.. aku tak mau komen ape2, aku tengah jaga mulut ni, karang ape pulak jadi karang.

Karma kan?

Buyui

2 comments:

jejaka anggun said...

itu namanya qada n qadar....

azataq said...

sadisnya.....