Sunday, September 30, 2012

Nak cerita balik pasal Kuching

Conversation between me and N last week;

Aku: Semlm i tengok Mad Market, Hanis Zalikha pergi Kuching. Aaaaaaaaa i nak pergi lagilah.....

N : I rasa kita je obses dengan Kuching, B.

Kan......??? Aku pun rasa aku dengan N je obses dengan Sarawak. Kak Shma pernah tanya aku , "B, Shima tak pernah pergi Kuching, best ke?". Hello.. tanya aku... sah2 aku cakap "Best la!! Gila tak best??". Tapi bila tanya ape yang best, aku terdiam. Tapi aku tau best. I know rasa seronok tu subjective. Ada orang rasa A (contoh aku letak huruf A, karang aku bagi contoh tempat2 tertentu karang tetiba ada orang sentap, buat fan page hates me lepas tu aku kena resign 24 jam pulak. eh!) pada aku A tu tak best. So, nak rasa betul ke Kuching tu best, pergi sendiri, try la tengok sama tak feel best tu dengan aku. Amacam? 

Bila cerita pasal Kuching, aku pn korek la gambar- gambar lama. Aku pergi first tahun 2009, then this year 2012 pergi lagi. First time dulu pergi, sebab tak pernah pergi.. so pergi la banyak tempat macam Serikin (gila kau barang- barang dia memang best, tapi depa ni dah pandai tau orang luar pergi sana so ramai dah letak harga, but still ok la pada aku, tu cerita 2009, 2012 aku tatau lah), Satok cari kain la, terubuk etc, lepas tu pusing bazar dia, beli kek lapis and so on. 

But 2012, aku pergi semata- mata nak makan. Ko mampu? Hahahaha. So, as usual kawan aku J yang memang duduk sana bawak pergi makan seafood la, aiyooo... terbaiklah... then ayam panggang (just imagine aku dengan N boleh hadap sekor ayam dua orang je? lepas tu boleh pulak sambung pergi dinner? Surrender hantu raya malam tu, hahaha) , terubuk panggang la ( ini aku boleh hadap sekor terubuk dengan J) korang nampak tak penankulan mantik di situ? Aku kaki makan. Semua binatang aku telan. Eh silap tak semua. Hehe. 

So aku share la (maybe ada dah sebelum ni, tapi lantak) gambar- gambar aku amik tahun 2009 tu and 2012. Lain betul la aku 2009. 

2009

Ko tak rasa damai ke masa ni? Time ni hujan baru berenti. Ya rabbi.. sejuk damai masa ni korang tau tak? Ini dalam Sarawak Culture Village tu. Kalau sapa tak pernah pergi, better pergilah sekali, lepas tu tak payah dah sebab tiket dia dalam 60 hengget sekali masuk.
Dan lagi.. nyaman... (nyaman orang sarawak maksudnya sedap..aah sedap la jugak masa ni). Cop. Apa yang sedap? Heh!

Rasa ni pokok lada hitam, tapi yang tengah nak masak la kot sebab kaler merah.

Dalam rumah budaya tu setiap rumah ada la ID dia, ni tak silap rumah kaum melayu. Makcik ni buat kuih ni, mkn panas2.. ya rabbi.. dah la masa tu hujan kan... terngiang2 kruk krak rapuh dia tu! Tapi aku tak capture satu kuih, cucur/jemput2 dari ubi keledek kat umah kaum penan kot tak silap. Satu seposen, umah tu tinggi nak kena naik tangga, sekali dah beli tak cukup nak lagi sebab sedap kan, kitaorg suruh anak J si Aqil ni pergi beli lagi 2 hengget. Hahaha. 



Alamak, ni dia tengah buat kain ape tah. Cher tolong aku jawab Aku rasa ni kaum ko ni.

Tak silap aku ni la umah Penan tu. sorry kalau silap

Harus la selit gambar makanan kan? Ini nasik goreng je. Tapi ada side2 tu yang buat dia sedap ya rabbi.... 

Ini buah tarap. Masa memula pergi tu Mr I paksa aku suruh cari buah ni and try. Bukan musim dia so tak berapa nak ada. Bau dia macam cempedak and kuat gila boleh membawa sampai mimpi bau dia. Mcm ko makan durian tu. Tapi ko imagine bau cm cempedak.

Dua kali aku pergi Kuching, dua kali aku tak naik sampan ni even sekang tak silap aku sekali naik dia 4 kupang je. Sebab, 1. Aku tak reti berenang buatnya tergolek tengah- tengah tu tak ke arwah aku ? 2. Ni sungai kan? Sarawak dia ada BUJANG SENANG kan? Maka........ hehe! (Penakut tu cakap je lah)

Ni pun sebab UTAMA aku nak pergi Kuching. Sebab nak makan mee kolok. Jugak  jangan tanya "rasa ape? sedap?". Aku suka je. Rasalah sendiri. Ni pun aku  snap mee kolok yang lagi sedap. Ini masa first time kat restoren mana tah punya lah nak makan mahal pun aku hadap je. Second time J bawak kedai sedap punya aku tak snap dah sebab tak sabau wei nak makan.. Haha. Bahan dia payah nak ada kat Semenanjung ni, tu pun N dapat tahu ada satu kedai kat Kajang, tengoklah nanti kitaorg g hunting (kan cakap dah aku dengan N je obses dengan Kuching)

Tak naik sampan, kita amik je gambarnya ye.
2012

2012 tak banyak picture sngat sebab kan dah cakap tujuan utama dia nak makan and lepak dengan J je? So gambar makanan tu aku dah dalam entry ni, so ini antara pic yang belum aku post. Punya malas pakai camera phone pun jadik. Malas punya pasal kan?

See? Betapa Kak Namnya aku. Pergi Kuching selain makan nak gossip sebenarnya. Ko mampu?

Ni pun sama! Hahaha. Ni kumpul bahan berapa tahun ni luah balik. Tengok expression J (kiri) tu pun dah tahu!

Ha... second time aku pergi baru berani nak rasa umai. Aku sorang je lalu makan. Sebab masa 2009 aku balik dari Kuching, kawan aku dah buat umai tenggiri bagi rasa (dh balik Kuching baru nak try umai, gatai sungguh!), then masa kat Jepun aku dah cuba sashimi and sushi setelah prektis makan umai kawan aku tu. Bila 2012, ala umai? Celah gigi je lah.. but seriyesly tak de rasa hanyir segala. Dun worry. Sebab dia dah pakai asam limau (asid) yang gila banyak so dah memasakkan isi yang mentah tu. 



Ni pulak midin. Nampak macam tak semenggah kan? Dont judge a book by its cover babe, midin ni adik beradik pucuk paku la, tapi spesis ni da kat Sarawak dengan Sabah je kot. Aku belajar makan midin ni masa aku pergi Sabah dulu.

Aaa... nak pergi lagi. Tapi rasa lepas ni kalau pergi ahli ni dah bertambah bilangan kot? ;)

Love ya!
Buyui

Tuesday, September 25, 2012

Kita sembang- sembang aje

Kronik! Kronik dah aku rasa. Bila tadi MM cakap "I nak read your blog" terus tetiba aku macam kena pangggg sedas.. terpana seketika. WTH? Terus aku bukak blog tengok kat list bulan ni ade satu je entry???!!! Seriyes kemalasan, kering idea  yang tak dibendung dah.

Bz, pun iye jugak. Ada juga kerja semakin hari semakin menghambat diri. Tudiah ayat tak boleh blah. Tapi ada juga kadang- kadang aku rasa macam "pergilah mampos kerja ni", ada juga kadang- kadang aku balik rumah rasa tak senang hati [rasa dia macam ko nak exam minggu ni, tapi ape tak baca lagi] pun ada jugak aku pergi bukak laptop duduk buat kerja. Tapi tu jarang- jarang berlaku la. Banyak aktiviti seperti makan , tidur dan tgk tv je. LOL. 

Tapi since lepas raya kerja aku memang menimbun siap schedule kerja aku sampai ke tahun 2014. Ko mampu kerja ko advance sampai dua tahun setengah? [Jangan percaya sangat aku up je tu konon aku bz kalah CEO], lepas tu kan aku ni kalau kerja tu tak ade.. x ade langsung spi menyagap kalau boleh lalat tu mcm nak panggil kawan- kawan dia buat jamuan party tupperware dalam mulut aku punyalah aku menganga, tapi bila mai bz sampai jam pun aku tak kenal ape tu jam? Pun sama kalau outstation. Kalau takde tu, memang berakar duduk kat opis ni, kalau ada tu sampai tahap tak menyempat aku nak unpacking kena pergi balik. Kelang- kabut betol.

Cakap pasal outstation. Hahh... baru- baru ni , aku pergilah ke Putrajaya . Sebab aku dari KLIA, aku naik je la KLIA Transit ke ape nama tu kan. Selama ni aku naik, dari KLIA then terus ke KL Sentral pakai express yang 35 hengget tu.. sotongah jam sampai! Tak kisah la cepat pantas segala. Then ada sekali tu aku nak jimat [tau jugak poket haus , kann?] aku nak la amik transit berenti2 tu, ingat lagilah murah.. padahal rega sama je 35 hengget! Cet!

Tapi tu bukan point lagi kawan- kawan..... aku nak cakap, ni ha. Last week tu aku amik la tren tu dari KLIA ke Putrajaya , tiket dia baru 6.50. Ok la kan, bukan jauh ngan mahai benau pun. Then after settle tu aku nak ke Shah Alam pulak, so nak cepat tangkas aku amik lak tren yang sama dari Putrajaya ke KL Sentral pulak........... and rega dia RM 9.50. Emm.... KLIA- KL Sentral = 35 hengget, KLIA- PUTRAJAYA =6.50 + PUTRAJAYA - KL SENTRAL = 9.50. Em... u do the maths. Kalau tak reti kira amik balik SPM paper july maths.

Maka.... aku mendapat satu idea, so next time, kalau tak rushing and kena pakai duit aku sendiri aku ku gigih beli kuar masuk balik dari aku hulur 35 hengget buta- buta je macam tu. Hahaha. Dasar. Bila aku bebel kat adik aku boleh tak dia tanya aku "nape ko bunyi mcm anti kerajaan?". Sengal ok sengal.

Sapa tak berkira bab duit ye dak? Kalau tak berkira lama dah orang- orang kaya tu main tabur- tabur duit macam cerita P Ramlee. 

Tetiba aku ni. hahah!

Buyui

Thursday, September 6, 2012

KLMJ: zaman asasi 1999, first kolej UM

Harini aku nak tulis pasal kenangan lalu mengusik jiwa. #KLMJ. Tentang kisah the first day of How I Met My BFF , Anne. Cakap pasal How I Met ni teringat aku cerita How I Met Your Mother. Hahah. Dulu memula aku tengok masa aku tengah kursus ape tah, pagi2 kawan aku ni selalu bukak tv, so pepagi dia ade back to back punya episode layan la dulu sebelum pergi kelas. Lawak dowh, ingatkan pasal couple nak jumpa bakal mak mertua ke ape, sekali cerita pasal camne dia berjumpa dengan isteri dia , means camne dia boleh jumpa ibu pada anak2 dia lah. Sampai sekarang tak abes2 lagi. Entah lama aku tak ikut. 

Hoih, tersimpang siur lak. Ok cerita How I Met Anne. Ini jadi on 1999 dulu. Korang kira la sendiri berapa belas tahun tu. I still remember Anne beratur depan aku, belakang aku As, and three of us diletakkan sebilik. And kitaorang pun tak tahu langsung kitaorang akan sebilik. So, bila tak tahu sebilik, mulalah sambil beratur nak daftar tu dalam hati ni terdetik la macam- macam kan bila kita tengok orang baru nak kenal. Jangn tipu, semua orang akan buat benda yang sama. Macam-macam la impression keluar kan. So tak terkecuali la aku dan Anne.

First impression aku pada Anne, which aku dah bagitahu dia lama dah. Kahhhhhh.... Sebab dia ni nampak macam rilek je Lone Ranger kan... daftar semua buat sendiri (ada je family dia, tapi sebab aku kusyuk usha dia je.. so aku tak perasan la situ mak ayah abang dia semua (korang nak tahu.. abang Anne ni muka macam Robin William Take That tu..hahahah) and gaya Anne ni gaya cam pompuan pailang (pakai cermin mata (tu main point tu) bingkai hitam tebal, kalau masa tu sape pakai tu cam layan rock alternative OAG grunge bagai la pada aku, LOL, then pakai baju kurung cotton (Anne, aku still ingat baju ko corak camne, percaya tak?), siap lipat lengan baju (kalau budak sekolah pompuan lipat lengan baju kurung adalah sangat samseng pada masa itu , LOL lagi!!!) tudung selempang . So my first impression on her "Budak ni mesti SAMSENG! Ok better jauh". Aku kan tak tahu bakal sebilik, sekali........ naik- naik bilik.. tengok Anne dok kemas- kemas baju siap- katil letak cadar segala siap2! Tak reti- reti nak rehat dulu ok.... and aku berkata dalam hati "Alamak! budak ni satu bilik dengan aku, matiklah!!!!". Hahahahahahahahahahah.

Nak tahu sebab apa berheya dia kemas baju segala dia siap2? Sebab.............. masa daftar tadi dia dah nampak aku kan dia punya first impression "Budak ni mesti macam bagus, jenis tak nak kalah!". Cilakabanat....and I just knew this thing yesterday... punya lama dia simpan rahsia. Cis......... !! And bila dia naik bilik, dia tengok satu katil si As dah amik, then tinggal satu lagi katil and other one is katil yang ade roda jenis main tolak letak bawah katil lagi. So ko kena tolak tarik setiap hari, gaya macam kena tidur bawah la tapi tinggi sikit je. Aku namakan katil tu as Rolling Stone . Lekat dowh nama tu sampai hari ni. Hahahah. So sapa nak tidur bawah camtu kan? Maka Anne ni cepat- cepat cop katil kosong tu. Cis lagi! Nak- nak lak aku naik lambat pastu dia nampak muka aku yang tak nak kalah ni.. lagilah kan?? Tapi... tu la aku cakap don't judge a book by it's cover ok. Aku redooooooooooo je amik Rolling Stone tu tanpa ada bantahan walau sekelumit pun. Anne pun tak sangka aku boleh beralah. Hello.. anak sulung kot, sah2 nature dia macam tu. Cett!! And u know what, Rolling Stone orang hina dina tak nak tu la paling menjadi kegilaan dan kepujaan semua orang (not even my roomate, but hampir whole floor) saban hari. Huh! And the best thing is, kalau ko lambat bangun tak sempat nak kemas katil, ko tolak je dia masuk bawah katil sapa2 dok diam bawah tu, sape je tahu, hahaha! Tu la Anne, ko nampak tak hikmah ape tuhan bagi kat aku? Kahhhhhh....

Banyak lagi aku tak cerita pasal KLMJ ni. Pada aku, kalau mintak balik ke masa lampau aku nak mintak balik ke zaman asasi dulu. Specifically tahun 1999. Time duduk first collage UM. Bahagia gila masa tu. Turun makan dewan makan pukul 6 (bukak- bukak pintu dewan je muka kitaorang beratur dulu, LOL), pastu pukul 8 si Kimah merengek nak makan keautiau goreng belakang asrama, then 7-8 of us kan order makanan lain- lain then rotate bagi rasa , belum lagi kena tunggu order semua sampai then baru boleh makan sebelum tu baca doa dulu (hehe), belum lagi belasah megi isi Anne, belasah tembikai mak Anne kasik makan ramai- ramai main kaut dengan sudu je, tiap- tiap minggu balik umah Anne kat kampung Medan (mula- mula dia ajak aku dengan As je) lama- lama beranak- pinak tetamu umah mak dia, tengok Mann ramai- ramai kat umah Anne dengan si Aju cembeng. Semua benda dia nak nangis (sekarang aku pulak cembeng), belum lagi kes tingkap pecah gara- gara aku dengan As syok dok ushar mamat- mamat pergi balik surau (ahahahahahhahahahahhahhahaha, Anne ni kompom ko tak lupa even ko beranak 10 kali pun!). Bila budak laki tanya mana bilik kitaorang senang je nak cakap "ko nampak bilik lompong takde tingkap tu bilik aku la tu". LOL. 

Seriyesly banyak gila kisah- kisah. Bilik yang untuk 3 orang tiap- tiap malam jadi tempat berkumpul for almost 10 orang! Apa diaorang best tah bilik aku ni tah. Maybe sebab ada Anne dan bekalan-bekalan makanannya kot. LOL. Sampai tahap kitaorang ni dipesan "korang pergi kelas jangan kunci pintu ye, aku nak duduk bilik korang,". Hhahahahha. Bila ada bergaduh, then merajuk tak nak lepak bilik kitaorang aku akan cakap "ala. kejap je tu, percayalah". Memang pun! 

Sian budak bilik depan dengan bilik sebelah nak study. Kena stay up pukul 3 pagi sebab masa tu je senyap sebab kitorang dah tidur. Hahah. Kalau musim exam baru terkial- kial nak study. Pun bising jugak!! Belum lagi sessi koir beramai- ramai, ada nak study kena dengar radiolah, finally terpaksa separate, sapa amik fizikal (yang tak payah hafal2) duduk bilik tu, sapa amik Bio gi bilik lain . Tapi As dia study kat tangga sebab perlu sunyi. Kahhhhhhhhhh.

Orang stay up , kitorang tidur. Tidur pun beramai- ramai. Himpit... jangan tak himpit. Lawak aku dengan statement Kimah conteng dekat dinding "Kimah was here, Kimah tidur di sini, Kimah meniduri As di sini." . As ni jenis baik, senyap je, dia amik eraser padam perkataan meniduri tu beriya- iya. LOLOLOLOL. How time flies. 

Belum lagi cerita masa Midvalley baru buka. Masa tu belum ada lagi LRT ke bas free ke segala. Ko kena gigih naik bas metro lagi masa tu. Anne jadi kepala sebab dia orang PJ. Sekali sesat barat ko...... so nak senang cari stesen LRT. Beriya mummy masa tu suggest cari stesen LRT terdekat tetiba Anne cakap "My, LRT belakang mummy je.." Hahahah. Anne kisah aku tipu si Kajol KRU tu sepupu aku. Mati- mati dia percaya. Si Anne semua ni muka merah dah tahan gelak tengok aku kelentong . Hahahah. Arghhh rindu!

So selalu yang lepak bersama; aku, Anne, As, Kimah, Aju, Mummy, Erni, Akmar, Mek Bie pun ada , Farine, Nana pun ade join kadang- kadang and ade lagi budak bilik depan macam Yah, Juwita tapi budak bilik depan kaki study, bila tension diorang cari kitaorang. Nampak tak betapa jokernya kitaorang, tempat melempiaskan tension orang? Hahhaha. And bayangkan berapa ramai and berapa karakter ada?Tak pitam. Tapi the best moment ever!!

Gambar sorry takde. Sebab ada la orang tu janji dengan aku nak scan pastu email, sampai ke sudah hauk. So tak yah. Hahahah. 

p/s: ada lagi cerita ni, and I wish orang tu kan..adelah orang tu ingat la nak scan pic2 tu semua. Hehe.

Buyui


Wednesday, August 29, 2012

Antara HORMAT dan SEGAN

Kasta. Familiar tak dengan word ni? Selalu kalau dulu (I am not sure sekarang still apply ke tak) kaum India amat pentingkan kasta. Alah.. melayu pun sama. Kalau tak, tak adelah istilah pipit dengan pipt , enggang dengan enggang or tak adalah cerita Antara dua darjat or Jimi Asmara tu. Auuww.. I love the movie!

Itu kasta or darjat kalau nak kawen. Keturunan makan kerang tak boleh campur dengan keturunan makan pari. Hahah. Mandai je aku ni. Tapi tidakkah kita sadari di sekeliling kita pun wujud lagi permasalahan sosial ni? Eceh! Ko buruk kawan dengan orang buruk je. 

Disebabkan propaganda kasta inilah kita seringkali or dh terbiasa membuatkannya menerawang dalam kehidupan kita saban hari. Contoh paling senang la aku kasi;

Ko kerja sebagai tukang sapu. Ko rasa ko pencacai hina paling low class dekat pejabat tu nak banding dengan si A exec di situ. Sebab apa ko rasa ko pencacai hina sedangkan ko tu ade ijazah tapi susah nak dapat kerja , ko kerja la ape yang ada dulu sebab mak ayah ko susah adik2 ramai tak abes sekolah lagi. Sebab............ ko dah terbiasa set mind tu kerja sapu sampah je low class. Cuba ko pikir "kerja sapu sampah ni hebat gila tau tak... kalau aku tak sapu sape nak sapu lagi?". Kan?

Samalah juga. Contoh yang sama kerja sapu sampah. Then datang la pekerja baru. Exec. Lawa , cantik bergaya lemah tutur kata semua. So dia cari rumah sewa. Rumah ko ade bilik kosong untuk disewakan. Tapi................. disebabkan ko SEGAN dengan exec baru tu and fikir "takkan la dia pegawai tinggi nak duduk serumah dengan aku" ko sanggup tak ajak or pelawa dia duduk sekali even dia tanya ko "saya dengar ada orang cakap umah awak ada bilik untuk disewa, saya nak sewa boleh?". Apa salahnya? Dia kerja makan gaji, ko pun kerja makan gaji. Time kerja memang la kena HORMAT bila out of office lain la cerita. Kita semua manusia hamba Allah kan? Err.. tapi tengoklah  la juga ada je orang berpangkat tinggi menyombong tak kena gaya. Tu make it as an exception for this situation

Sebab tu la pada aku, HORMAT ye kita kena sentiasa hormat orang, kalau SEGAN tu tengoklah pada tempat dan masa. Kalau mind kita macam ni je asyik pikir kasta memang sampai bila- bilalah hal pangkat, darjat , keturunan segala ni tak akan habis.

Just my thought.

Buyui

Monday, August 27, 2012

di mana saya? malaysia? kuning ka hijau ka? (buat nada Bangla cakap)

Dulu kawan aku yang memang asal beraya je kat area KL pernah cakap pada aku "kalau hari raya je kat KLCC, Zoo Negara, Sogo ke mesti penuh dengan bangla indon semua. Orang kita memang tak nampak", Aku pun pernah terfikir macam mana la rupa zoo negara penuh dengan bangla segala. Harus gelap je rasa kan? (isk tak baik lak aku rasa ngata- ngata kat org, tp tipulah kalau kita semua tak fikir yang sama mcm aku fikir kan?)

Nak dijadikan cerita. Masa raya haritu. First day of raya.. Mek Cher telah "mengkabulkan " impian aku. hahahaha. Merasa aku jadi part of them. Bukan aku aje. Mek Cher, adik dia and anak2 dia pun sama je. Merasa la kitaorg sama ada be part of foreigner ni or feeling we are the only Malaysians kat situ. Pilih je kategori mana kitaorg nak. Tapi tak la lagi sampai tahap pergi zoo tu. (kalau yang tu memang sampai hari ni aku gelak tak abes lagi Cher oii). 

Bukan la aku ni tak pernah naik feri kat Penang tu. Memang la pernah. Tapi naik feri tu dengan kereta la. Itu pun berapa tahun nan silam. Sekarang ni semua pakai jambatan. Entahlah, pada aku jambatan tu (minus jem) laju la dari feri tu. Tapi according tu Mr A laki si mek Cher ni pakai feri lagi cepat. So berferilah kita. 

Niat di hati nak la naik feri then pusing Penang feeling like mat saleh holiday uols , lepas tu boleh lah aku ikut singgah beraya di umah parent Anim (mek cher and anim ni sekampung, konon nak seperais si anim la ni) sekali seperais ape ke mananya. Dengan apa yang dirancang tak jadi. Ingat nak jumpa di jeti before naik feri (we went separately and I'll park my car then cari kereta Mr A baru naik feri). End up dok cari Mr A tak jumpa siap sesat barat bagai (Butterworth seconit tu pun boleh sesat??? ahahah) boleh kitaorg naik feri tu pakai yang pejalan kaki tu. Hahhh... merasa la ko dok bergesel2 dengan bangla nepal segala (Mek cher cakap nasib pakai baju kurung! LOL) , bersesak2 dalam tu dengan dia kendong anak lagi, yng aku kendong KFC lagi ( HAHA...aku dan makanan tak boleh dipisahkan) seriyes macam mintak nyawa masa tu. Oh dengan panas melekit segala lagi. Mintak nyawa laaaaa!!!

It was the horror experience for us. Memang tobat la depa ni nak naik feri segala, BY USING PEJALAN KAKI tu. LOL. 

Tapi sempat la aku nampak mat saleh (boleh tahan muka dia tapi Mek Cher nampak dulu dari aku, simpan sorang2 dasar..............) pakai baju melayu sampin segala dok naik feri. Oh dia tak pelah naik kereta panas- masuk kereta on la air cond, cuba macam kitaorang ni, sah2 bukak abes segala baju sampin ape ke mana aku kerjakan. Eh!

So enjoy the pics! Dan lagi amik gambar bagai.Memang macam aBangLa dah. hahaha!





Selamat hari raya!

Buyui

Monday, August 13, 2012

seremmmmmmm

Temasya olimpik London 2012 baru melabuhkan tirainya pagi tadi. Wah... labuh tirai bagai tau ayat aku.. hahah. Aku as usual la kalau benda- benda pagi- pagi camtu memang malas aku nak bangun. ku tengok repeat aje nanti. Apa guna aku subscribe olimpik pakej ye dak. (Ayat sedap hati sendiri sebab tak tengok Spice Girl, demm!!)

Semalam kawan aku si KD tag aku picture ni kat FB. Hahaha. Memang lawak pada aku. Sebab beberapa hari sebelum tu aku cakap kat KD agak scary seremmm apesal tah kalau tengok synchronized swimming punya acara, mesti macam ala- ala citer scary. Start dari make - up dia (kot ya make-up water proof make up elok- elok tak boleh ke? Ni ada macam muka seram, mintak lempang malah ade muka macam clown! aku ni dah la takut.) sampailah ke performance dia. Maybe sebab beriya sangat kot nak menang sampai gitu sekali. Tapi aku rasa tak semua team macam tu, sebab aku tengok team yang menang ok la lagi tahap seram dia berbanding yang kalah. Tak caya korang tengok u tube. Maybe tv focus dekat sangat ke ape kot sampai aku rasa scary sangat synchronized swimming ni. Tapi awat dulu tak la macam tu sekali.

Ok ni la pic KD tag aku kat FB.


Lawak kan?

 Buyui

Sunday, August 5, 2012

Drama ramadhan

Memang satu perasaan yang semacam tak dapat digambarkan kalau kita tengah masak then gas abes!! Bulan puasa aku ni akan masak mostly sebab bukan nak tunjuk aku rajin tapi sebab makanan kat param sama ada tak boleh masuk dengan tekak or mahal melampau. Duduk seorang (kalau aku la, Mr I jangan kira dia duduk seorang pun masak kena ada at least 3 jenis lauk; tak ade kuah, berkuah dan sayur :) ) senang masak simple tak sedap hadap, sedap lagilah berhadap.

Memang seperti kujangkan gas ku akan abes jua. Tengah sedap aku nak goreng ayam pakai Pemanggang Ajaib  ni (bagus i tell u.......... semua tok nenek boleh buat, betul- betul ajaib! haha) sekali tup tup padam! Yes.... masa tu dah pukul 6.30. Nice kan? 


  • Dah gas abes

  • Call gas dilevery dia cakap out of stock (ni aku angin jugak, ada ke dia kasik anak dia yang reti cakap bahasa zuhal je angkat phone? nak ajar anak jadik receptionist ke ape esok besau?)

  • Call lagi satu off telefon


Maka....... terpaksa la aku tanya jiran 

"Akak ada gas spare tak?".

Naseb la jiran aku jenis masak/mak2 ada simpan gas lebih. Kalau tak ada jugak aku nak try masak pakai fire extinguisher (gas jugak kan?). Hahah. 

Haih. Memang drama kelang - kelibut bulan puasa betul!

Buyui