Tuesday, September 27, 2011

Loser ke independent?

aku terpanggil nak tulis satu entry ni lepas tgk tweet and baca entri si Faryn ni. Pasal makan sorang-sorang. Tapi aku rasa aku macam pernah je buat pasal ni, ke perasaan je kot or maybe De Ja Vu. Eh! Deja Moss Vu ke ape ke kalau suka bacalah , tak suka berenti sila tukar ke cerita yang korang suka baca :)

Ni pasal kisah makan sorang-sorang, or buat benda sorang-sorang. Korang better gi baca dulu kisah lawak si Faryn ni pergi bahasakan dua ekor mamat yang kutuk dia makan sorang-sorang dekat KL Sentral bebaru ni. Siap panggil loser. Apakah? Apsal kalau duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok hp pastu tersengih-sengih, tengok wayang sorang-sorang, shopping sorang-sorang dan sewaktu dengannya tu loser ke? Apa pahaman la orang macam ni pakai ni. Ke dia tak kenal ape tu Twitter, BBM, FB or even whatsapp?

Sori la kepada sesapa yang terasa. Selalu kan aku tengoklah, mamat-mamat la selalunya ni nak ngorat awek-awek kat bus stop la, bus stand la, sekolah ke or mana-mana la tempat dia suka [selalu kaki phewit2 orang ni akai mana ade main taram je nak ayat awek ni] akan kecoh kalau dia bersama dengan kawan-kawan dia. Ada kawan bisinglah la dia cakap macam-macam nak ngorat awek tersebut. Betul tak? Cuba dia sorang-sorang..ada ke dia berani nak ayat awek tersebut. Kalau ada yang berani sila tampil ke depan jumpa aku. Eceh! [Yang aku pun bunyi macam nak cari jodoh sendiri dah ni kenapa?]

Aku teringat pada seorang kawan aku masa belajar dulu. Aku pun tataulah dia ni ada masalah lack of self confident ke apa, tapi sampai tahap dia nak beli burger kat pasar malam la contohnya kan dia akan suruh kawan dia tolong cakapkan kat orang kedai tu. Sampai macam tu la sekali. Dasyat tak? Tu baru dengan tukang kedai belum lagi tahap every weekend ayah/abang dia akan jemput dia dari rumah sewa bawak balik ke hometown. And for info, LRT pun dia takut nak naik. Ye la betul kena la jangan berani sangat kan, tapi macam setakat kena belajar naik public transport or nak beli barang pun takkan nak takut kot?

Aku dulu pun tak berapa nak independent. Aku rasalah. Aku dulu tak reti nak berjalan sorang-sorang, apatah lagi makan sorang-sorang sebab ye la aku rasa macam one whole world ni akan pandang pada aku, and aku admit aku pun rasa ada sedikit rasa loser. Pahaman sempit betul. Sampailah aku kenal Kak Shma dia pernah cakap kat aku, "makan je sorang-sorang, kalau tak makan kita lapar,". Sama jugak aku kenal Bib yang berani ke sana sini sorang-sorang [tapi dia ni terlebih berani pulak] , so aku dah boleh berjalan shopping sorang-sorang yang aku rasa lagi best sebab jalan je ikut mana yang kita nak , berapa lama yang kita nak, and dah takde dah rasa loser and whole entire world are looking at you. Sebab tu aku berani sampai ke " Texas" ni di mana really strange to me dulu dengan sendiri dan yang penting sorang-sorang. Sampai tahap Kak Shma cakap "Shma yakin B selamat," bila aku tanya dia bebaru ni apesal dia tak tanya keadaan aku padahal husband dia lak risau-risau tanya aku selamat sampai ke tak lagi. LOL.

Sekarang ni aku tengah tanamkan hati aku belajar yakin dengan ayat "mana-mana pun bumi Allah,". Ayat ni aku dapat dari kakak kawan aku yang rilek je jalan sorang-sorang dekat Ireland dulu. Maklumlah nanti aku nak ke Hokkaido kan sorang-sorang. Luckily aku dah get use to be sorang-sorang. Cuba bayang kalau selalu bergantung harap pada orang, tu lagilah LOSER!

Buyui

5 comments:

azataq said...

oh..kalau sensorg tu loser eh...baru ku tau...ala nok..aku rasa lagi bahagia sensorg...senang..tp sensorg doesnt mean kita lupa tali barut hubugan kita ngan keluarga n kawan2 nok.....

jejaka anggun said...

syabas. ko post entry yg best2 pasal hokkaido. insyaallah, kalo ada rezki nak gi sana jugak.

FVN said...

ko takut tak tido sorang2? hahahaa

Buyuiazliana said...

FARYN: cis....!!!!!!!!!

MarriageForIdiots said...

INDEPENDENT! Memang byk jerks kat luar sana.Kan dah kena, double losers ! i rilek je mkn sorg