Monday, May 21, 2012

Ibu bapa masa kini dan cabarannya

Salam sejahtera,

Bila dah menginjak usia semakin remaja ni, maka memang ramai la kawan- kawan sebaya dengan aku yang dah beranak - pinak. Ada yang anak dah masuk tadika or even sekolah rendah. Maka selaras dengan teknologi canggih masa kini yakni bertebaran media sosial di sana sini  (amaran: korang memang baca blog aku dan aku bukan tengah buat iklan or masuk contest mari mengarang) maka berlambak- lambak la muka anak masing- masing bersiaran di wall serata maya. Ewah!!

Aku bukan nak cerita pasal keseronokkan parents zaman kini tepek muka anak masing- masing. Aku nak cakap pasla kekaguman aku pada parents nowadays. Seriyes ni bukan sarcatism. Ni betul- betul aku kagum. *nampak sangat selama ni ko sarcastic.

Kalau korang tak perasan maybe korang bz dengan hal anak- anak, meh aku ni orang yang banyakkk masa sebab tak perlu nak layan kerenah anak- anak di perhatikan korang parents zaman kini. Bukan aku nak cakap parents dulu- dulu yakni parents di zaman aku kecik- kecik dulu tak bagus, ada bagusnya .Kalau tak , tak ada la kita boleh berada di tahap kita berada sekarang bukan? Tapi dari segi membimbing anak- anak ni, yang paling aku nampak paling ketara sekali dalam kegigihan ibu bapa masa kini dalam memastikan keselamatan anak- anak mereka. Ibu bapa (mana satu lah ye) sanggup pukul 1 tgh hari meredah jem banat pergi amik anak dari sekolah, bagi makan (ini aku betul nampak semalam, ibu bawak anak dia still in the school uniform pergi makan , don't ask masa tu pukul berapa and don't ask what am I doing there) and lepas tu bawak pulak anak dia pergi kelas KAFA semua. And it happens everyday kan? Mungkin pada sang ibu tadi hari tu je , sebab bapak dia sepatutnya amik anak dia kena kursus pulak so tugas dia la ganti bapak dia amik anak dia tu. Tapi still.... mak/bapak dia hari- hari amik antar anak dia balik sekolah. Wow! Kalau aku dulu, mula aku darjah 1 lagi aku dah kenal ape tu BAS SEKOLAH, KENA TINGGAL BAS AND BAS ROSAK. Ada jugak kawan- kawan aku dulu mak dia suruh pergi sekolah jalan kaki or naik basikal. Sampai 5km pun ada. Yes , zaman dulu tak ada pervert, phedo or even penculik gila. Mungkin sebab parents sekarang risau dengan keselamatan anak- anak. 

Kawan aku pernah berkata  "Bagusnya parents sekarang, TAPI anak- anak tak belajar berdikari".

Yes, itu pun satu hal. Setiap benda ada buruk baiknya. Aku pernah teringat masa dulu kena attend perkhemahan di sekolah. Masa zaman aku jadi cikgu dulu. Khemah kat sekolah je pun..... toilet nah terbuntang depan mata, masak pun orang kantin masak cukup time pergi je nganga... namun begitu...... dalam menjelang baru berapa jam anak tak ada depan mana..mai dah mak dia....kat pagar sekolah tu..... tolong pas BEKAL MAKAN ANAK DIA TAKUT LAPAR TENGAH MALAM, ADE YANG PASS TOPI TAKUT ANAK PANAS... alalalalala.... sweet la haii mak sape ni????? Cuba aku dulu, masuk ke pintu pagar sekolah pandai ko la nak idup camne. 

Satu lagi bab kebajikan anak di sekolah. Ni pun aku kagum. Aku tak pasti la mak bapak korang dulu, tapi mak bapak aku dari aku mula sekolah sampai la aku abes belajar mana sekali pun diaorg attend mesyuarat PIBG ke... sukan ke (ni aku maafkan la sebab aku bukan minat sukan pun,..haha),  mak aku sekali je attend hari penyampaian hadiah.. tu pun sebab aku tetiba jadi syok sendiri bolot byk kategori kot.. tapi aku nak cakap... baguslah parents sekarang ni, just in one phone call, dia akan datang berdesup seperti superman walaupun anak ko call "mummy buku teks PJ tertinggal la harini, kawan cakap (rumors je pun) harini cikgu nak ajar tak turun padang". Kagum... aku betul kagum. Kalau aku. buku tertinggal dulu, hadap je la bebel cikgu tu. Tak pasal mak aku nak datang hantar aih.

Itu la antara effort yang parents nowadays kalau nak banding zaman dulu. Parents dulu pun banyak effort dia cuma kita tak nampak. Pendekatan dulu dan sekarang lain , tak sama. Samalah macam keperluan handphone kalau zaman thn 2000 dulu, rasa tak ada tak apa lagi, kalau sekarang tu nyawa tu. Cuma kita ni makin lama kena makin pandai macam mana nak kawal hidup yang semakin pesat membangun. 

Sekian saya sudahi pidato ini dengan wabillahitaufikwakhidayah, wassalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh.

*again, ini bukan entry aku nak masuk pertandingan mari mengarang

 Buyui

3 comments:

Cherrylicious Baby Stuff said...

Kalu aku yg kn tgl buku....mencari nahas yer nak tepon mak aku suh htr p sekolah walau kalau blg buku tu saje pon blh sampai ke sekolah...ngahahahaha

Buyuiazliana said...

kalau bebudak tu tinggal buku nnt?

Cherrylicious Baby Stuff said...

xtau lagie....ngahhahaha