Friday, July 30, 2010

ai adalah camwhore

ai adalah seorang camwhore sebenarnya..tapi ai x suka sangat ambik gambar sendiri..pgg dgn tgn sendr ambik gambar..lepas tu sah2 pose sama je kan..tak kiri,ke kanan x pun ke depan..ke belakang..syhhh jangan pandang belakang...ngeh!lepas tu muka setepek besar sampai nampak leh ukur diameter jerawat..memang ade je gambar2 sendiri tapi malash la ai nak publish dekat sini or FB or twitter..sikit2 sudeh...tu pun kalau angle chantek baru ai publish..ahaks!keji di situ..eh ok la kan..dari RJ tu asal dah snap je..mesti nak cakap macam ni "tengok2..huh!x cantek2!delete!jgn publish.."*kalau dah sampai 18 kali macam tu..lama2 ada aku kisah aku publish jek!haha!

tapi sejak dua menjak ni..memang ai still aje snap sana sini tapi malash nak upload..kena la ada cable bagai..card reader lappy ni macam haram la..sejak kes ai salah sumbat montot dia dengan lubang dia tu [omg!tiada niat melucah mevocah di sini] rasanya dah patah something la menatang dalam tu..so x leh nak detect dah..so cannot read anymore macam ai cakap dulu lappy ai buta huruf sebab dia cannot read the memory.. nak pki cable..ohh ai amat pemalash sejak dia menjak ni..koser la!

so nak jadik cerita kena la pki cable..pakai hp boleh je..tapi sama gak ai terai2 tak boleh nak bluetooth [ko hengat tepon ko BB or i phone?] so kena jugakkk pakai cable..dah cable tinggal lak kat San Prancisco...sigh...

so nanti balik ai amik la..so hopefully ai akan rajin la upload pic tak la nanti asek nak curik gambar uncle google jek..ohh saya adalah pemalash!ai admit!

ohh sori bukti2 camwhore diri sendiri ada je dalam hp..so cable x de can't transfer..dlm camera sendiri gambar diri orang lain sajork...

p/s:i want dslr..sape nak kasik?sila2..

Buyui

me luv sukun!!

sapa2 orang yang suka makan sukun n sambal kicap mesti akan cemburui saya..haha!harini ai n PG hentam sukun n sambal kicap seharian..mmg pergh..nannoor pun dah mulai jeles di twitter..kikiki!mmg heben...


kepada orang tak kenal sukun tu..or kenal sukun from komik ujang je..maka inilah sukun ..heran betul aku ngan ko montek..sukun pun tak kenal..nasib la mak aku dah takde kalau tak lama dah dia reject ko jadi anak menantu..haih!







ni sukun dr pokok..ai google je..ape ke gigih ai nak snap2 pokok sukun tu..ha satu lg org sini x makan sukun tu..[feeling2 duduk germany kot x kenal sukun] melimpah2 buah dia uols..apakah kebaziran?


ha ni sukun yg dah digoreng..RJ sila amik perhatian macam ni la sukun dah digoreng..tapi ni pun ai google jugak..koser ai nak snap2 sbb ai potong tak macam ni..huduh bebenor!haha!



lepas tu bayangkan korang cecah2 dengan sambal kicap..digalakkan tengok entry ni pada bulan ramadan setiap pukul 5 petang ye..ahaks!


p/s:tapi sukun ni angin..ibu2 mengandung baru bersalin x boleh makan..


Buyui

Thursday, July 29, 2010

rezeki...rezeki...amat bersyukur


harini sempena hari khamis nan mulia lets feeling-feeling ostazah kejap uols![betul2kan jambul tu tok ..... terjulur ke depan dh saya tgk ni]

saya sebagai ostazah ye hari ini ingin menyampaikan ceramah sempena hari khamis nan mulia yang bertajuk rezeki...


iye rezeki...kalau dalam jawi Ro Zal Qof Ya..rezeki [kowt..ostazah bidan terjun..matik la kalau salah eja] iaitu nikmat yang diberikan oleh Allah..dalam pelbagai bentuk ye para hadirin sekalian..sama ada dalam bentuk duit...mahupun nikmat lain...[pikir sendirilah..sihat tubuh badan pun rezeki la kot kan..?]

ok2 enuff feeling2 ustazah karang korang kata ai melalut lak..ni ha ai nak cerita ni...pasal rezeki la...maksud ai dari segi duit la..ai ingat kata2 Mrs J "yakin dengan rezeki Allah"...selalu ai ikut je cakap..."aah yakinlah dengan rezeki Allah" padahal sedih kan masa tu bajet manjang larik...isk isk teruk aku ni..mulut cakap lain hati cakap lain kan..ye la..sapa suke bajet di hujung bulan sampai kena korek2 duit dlm dashboard kereta??opss!!

so 2 hari lepas Allah telah menurunkan ujian pada ai..duit ai terbang beratus2 uols!!tak payahlah nak cakap pasal apa..main point is duit aku melayang la..baru je ingat nak bajet2 sampai aku tahan kan diri dari berjimba [sedih x?kalau sedih apelagi belanja la ai jimba2..haha!] tapi!!!tetapi..................semalam duit yang melayang dah tu diganti pulak exactly malah lebih dari total duit ai yang melayang itew..walaupun lebih seposen dua tapi syukur alhamdulillah ai tak perlu la kutip2 pucuk2 kayu belakang rumah buat dinner malam nanti [wah!!drama habes...!!]

jangan pula uols ingat ai pergi merompak ke..jual DVD Peterporn ke..ehh tidak.....DVD sendiri pun masih tak laku ada hati nak jual orang punya ada la rezeki bak kata orang turun dari langit dibawa oleh pari2 ... tapi apa ai nak cakap adalah memang betul la cakap Mrs J tu..kena yakin dengan rezeki Allah...

contohnya lah kan...kalau la tiba-tiba orang datang mintak derma kilat [sepantas kilat dia meminta] sebanyak RM 0.30 uols bagi dengan ikhlas la...walaupun dalam hati kata [alamak nanti balik ngam2 tak cukup tambang LRT" kejap2 lagi uols jalan2 tiba nah ko...terpijak RM 300 amik ko!!tidakkah itu dipanggil rezeki..ada ke uols nak pekik2 "woi..duit sape ilang ni woi...?" tak la kan....so enjoys...ambik duit tu pergi la makan ketam kam heong belakang park royal Bukit bintang tu..ahaks!

tu contoh kalau dapat rezeki la..kalau ditarik rezeki bukan hak pun ada..katalah kan...anda nak pergi kerja..sekali kan duit tak cukup nak beli slurpee petang karang..so anda curik 3 hengget dari wallet bapak anda macam pernah buat je? kejap2 lagi anda naik kereta ... tayar pancit tengah jalan eh x dramatik oklah enjin mati kena la call mekanik segala...dah pakai duit terbang la RM 300..tengok rezeki dah lari..

kesimpulannya dari ceramah kita ye pada pagi ini, yakinlah dengan rezeki Allah yang mungkin datang pada bila2 masa..dan sebelum beredar saya sudahi dengan wabillahitaufikwalhidaya wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..jamuan ringan ada disediakan di belakang ye ..teh o dan biskut kering..

p/s:kab ba ro kaf alif ta nunnn [K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.]

Buyui

Wednesday, July 28, 2010

kuman

ai ada terpikir2 di hati nak privatekan entry ai..not all entry but certain entry..and pada sesapa nak password boleh la email ai atau call, YM atau tahan ai di tengah2 jalan [verangan ko celebslah org kenal CLK ko sume..ko hengat ko pemes?] kira macam protected entrylah kan?ok x?

bukan apa uols..kadang2 ada amukan emosi..pada ai belog ai dah macam terkangkang buka sangat,harap ai nak cerca si A, karang si A baca takpun si B kawan si A pergi bagitau "Wei A, hari ni cerita ko masuk blog.tak baca lagi ke?" padahal tujuan asal blog ni tipulah kan kalau uols blogger2 di luar sana menulis sebab tak cerita pasal diri sendiri kan?tapi mesti ada jugak yang akan kata "ala, ada aku kisah ?belog aku, aku punya pasallah nak carut sape pun...ko ni Miss B takut sangat la nak cerita-cerita je lah.." but then,kalau kena baling telur,hempuk dengan penyapu aku jugak kan...?orang yang kasi nasihat tu ada kena?tak kan....?silap-silap dia komen balik entry ai tu macam dia tu A. Samad Said pakar sasterawan negara..lepas tu cakap la entry ai tak best la ape lah dah macam dia tu editor Utusan Melayu...macam la ai ni menulis belog untuk dipublish dekat mana2 suratkhabar nasional kan?

disebabkan manusia2 beginilah membuatkan ai jarang nak hapdate belog..ada je cerita ai kadang2 sexcited nak btau uols..ada gambar segala..tapi disebabkan kehadiran kuman-kuman ni membuatkan ai malas nak hapdate..siap bagitahu baik baca belog org lain segala lah apa la kan..?why must u mention in ur komen?nak provoke ai kah?itulah kalau suka baca..kalau tak suka jangan baca..duduk diam2 sudeh!!sebab tu ai beranjak ke twitter so di sana ai accept and follow orang-orang yang betul2 ai bebas nak cakap ape pun tanpa ada rasa sentap..[tapi kalau sentap sorilah erk!ai tak sedar]

sebab tu la ai nak tanya balik..u read my blog it's for fun and to spend ur free time kan?so kenapa mesti nak komen macam la ko si kuman-kuman ni ada belog dah establish sangat?aku tgk belog ko pun cerita pasal buah la...lepas tu meroyan speaking macam ko nak buat buku pathology tu kenapa?uols tak payahlah terjah sape punya belog...dia dh privatekan belog dia sebab dah bersawang dah...very the kuman!!

ai kalau boleh tak nak la dilabel sebagai "ha gaduh kutuk2 la blogger lain" tak bukan macam tu ai sebenarnya nak luahkan rasa ai simpan ni..then ai tak nak si kuman ni dh macam nak naik kepala aku pastu nak jadi kutu dah..buat gatal kepala aku jek..

so uols read this entry also ai nak u keep in ur mind just for fun ok..pas baca ni komen lah ai x kisah..kalau utk kebaikkan ai tak pe...then abis sampai situ je..tak payah lah soalan nak tanya "sapa2 tu" siap datang jumpa ai personally tanya...memang kak nam sangat ok....disebabkan orang tu kuman so kita pakai detergent mana paling kuat kasik hapus sajak!!okies?kot2 ai rasa komen tu macam kuman boleh berjangkit memang ai x publish langsung macam pernah ai buat sebelum2 ni..so sape2 perasan komen dia adalah tidak dipublish dialah kuman tu so better u pergi beli dettol sekarang..

done!!

Buyui

Monday, July 26, 2010

lucky me,lucky lappy

ni sebenarnya permintaan dari nok cherly gak ni..suruh ai belog [wah...!!permintaan katanyer] sebab tadi YM dia suruh la ai cerita apesal ade kes apa sampai besar sangat sampai ai kena inbestiget kepoh2 bagai..so ai cakap ai malas nak ulang banyak kali so dia suruh hapdate belog senang!so pasni kalau2 sape2 my coll nak tau sila refer ke belog ai..oii nak mati ke ko?nak suruh satu hopis tu tengok belog ko pastu nak kena wat discussion bagaikah?what the.....???tapi diva memang kena peel macam tu kan?kena buat ala2 PC bagai?ngeh!


so cherly pasni kalau ko tanya mak lagi..memang la ko nak kena cercaan la noks!


begini ceritanya....today was my fisrt day pakai bilik baru sebab ada la staff bertukar so i can move to the room so selesalah sikit sebab ada ekon bagai...[tapi gile ke hape sejuk tahap kutub ok..sebab centrallize ekon still pasang..but ok la bilik baru so leh la panggil eric leong lim dekoret bilik..ahaks!].


bilik ni tercorok ok..so RJ pun nak ketuk kena pakai lesung bat kowt baru ai dengar..sebab tangan dia tu ala2 lidi cungkil gigi je so kalau ketuk tu alahai..burung pipit siul lagi kuat uols!*larikkk...so even during lunch time pun kalau ada orang masuk diam2 pun memang tak dengar and tak nampak unlesss....


unlessssss u duduk dekat bilik orang lain then from others room u can see a relfection sebab each room ni ada macam ala2 cermin la...so ada la reflection...so nak jadikan cerita tadi lunch time tu ada la hamba allah tak keluar lunch [iols memang tak tunggu time dah uols...cukup je time harus cabot nak2 pulak hari ni ai tak pulak konci bilik ai tu sebab ai tak sherashi bershama lagi dengan pintu bilik tu PG lak keeps calling me macam dah kebuluran tahap dewa..pastu dengan nak kincs lak tu...so ai malas la nak kunci] ..so hamba allah ni nampak la ada somebody masuk my room bukak lampu bagai then before that dia dah nampak refelction dah this boy macam terhendap2 from the reflection..


then hamba allah ni uols boleh perangkap budak ni sebab kantoi la dia tengah macam jengah2 pulak makmal kat belah luar [memang suspicious la...apehal datang during lunch time] bila ditanya katanya nak kutip derma..lah..??masa-masa ni la nak kutip derma...??nasib baik la hamba allah ni bijak dan berfikiran dalam [kalau iols lama dah ai kasik je seposen kata mintak derma kan...] siap cakap "ohh kalau nak mintak derma ke kerja ke [sebab dia kata nak cari kerja gaks] kena g admin meh saya bawakkan..sampai2 je admin siap amik ic bagai photostate uols..yang budak bangang ni uols tak pulak sedar dia ni kena perangkap [tak habis sekolah kowt..haha!] bila dah kecoh2 baru dia tau dia dah kena and tak boleh nak larilah..


yang ai pulak baru je sampai masuk office feeling2 la chantek dalam bilik tu call bunyi ..so ai terjah admin tu dan ai ni bertalu2 soalan hamba allah ni tanya "ada barang hilang tak?" [ai feeling diterjah nas ahmad sangat uols..] then ai macam ala2 artis tak habes spm jawab la "tak de apa pun...apsal" then diaorang cerita what happen ai dah debar sebab lappy ai uols!omg!sebab ai takut la lappy ai bawak je arini tak bukak pun so my lappy ade je posing chentek dalam beg tu...ai dh peluh2 ni..nka masuk cek dalam bilik dah diaorang cakap "jgn sentuh ape2 tunggu polis sampai..nanti masuk ada pulak cap jari"..lah!macam la tadi ai tak masuk kan....so ai ikut je lah cakap diaorg..


then selepas disoal memang betul la that boy membuat onar!siap nak defend diri ni cakap kalau dia nak mencuri..buat ape dia parking motor dekat2 situ [kawan dia ada sekor dok tunggu bodoh je kat situ tatau pon kawan dia ni dah kena soal macam dalam lokap tu!] ..ek eleh ko ni aku cakap ko bodoh boleh?kalau ko parking jauh2 sanggup ke ko gigih jalan hangkut2 barang curik tengah2 panas?kan lagi menimbulkan syak wasangka?orang suruh sekolah ko belajar mencurik ..tengok dah kantoi kalau ko sekolah sah2 la ko jadik opencuri macam oceans's eleven tu kan....?[pulak dah..?]


bila polis sampai dia ni kena hangkut la pi balai kasi ajar sikit..memang la takde bukti dia curik apa pun [luckily dia tak amik ape2 so far ai cek2...bak kata RJ dia x amik lappy sebab dia x sekolah so tatau apa itu lappy] tapi kena angkut gak p balai kasik dia takut sikit..hopefully la..


so after tht ai terus sherashikan diri dengan kunci dan pintu bilik tu...but anyway syukur la ai selamat tak de cacat cela dan masih chantek tak ada barang ai yang hilang..so moral of the story jagailah harta anda maka hidup anda akan selamat..


p/s:otak researcher ni suka pikir dalam2 kowt ?

Buyui

Sunday, July 25, 2010

hero tamil

thanx RJ for giving me this idea to update my blog..[wah!!feeling2 aku minah saleh tak reti cakap melayu dengan RJ...matiklah aku].

RJ tadi bukaklah cerita pasal B. Rajnikandh..ala...hero tamil yang termasyur tu berlakon cerita paddayapa and sivaji the bos tu??kenal?kalau tak kenal boleh la uols terima je kalau ai cakap B. Rajnikandh tu jiran ai..haha!

then dah kitaorang jadik la klimaks [aiyoo matiklah cerita pasal hero tamil pon klimakskah?hahaha!] ai pun cakap la ai lagi suka cerita tamil ..and RJ pun sama..siap cerita la kalau dia better lagi cerita tamil then hindustan sebab jalan cerita dia tak boleh agak "tup2 hero mati..." dengan tangan dah macam Karam Singh Walia dah dia bercerita..amik ko![ok aku tipu!tgn dia x maca mtu tp berhiya la dia cakap..siap kuar nama hero Kamal Hassan pulak..cerita ape RJ?jadik nenek?]

Ni kalau Vavini di luar sana tau ni weols kenal hero2 tamil ni mau mereka sexcited teruja ni..ahaks!but seriyes memang cerita tamil best uols!cuba lah tgk hari ahad pukul 12.30 pm kat tv2..oppss!!!

ai dengan adik ai selalu menantikan malam raya deepavali sebab ada cerita tamil best2..hahaha!

p/s:tapi jangan lah bukak kuat2 volume tu sebab bukan korang paham pun kan ape dia cakap?baca je translation dia kasik tu...cerita latin leh je tengok...tamil tak nka lak tengok?kata 1 Malaysia kan?

Buyui

Wednesday, July 21, 2010

is that seducing?


tadi after seharian berpanasan di padang [ohh matikla bersinar moka ai bak kata kak shima],terus bukak puasa sebab rasa macam nak pitam tgh padang tadik,terus dari nak minum terus lunch kol 11.30 macam ala2 lauk bukak pose [me had ketam masak lomak n RJ ikan keli sambal..marbeless kan...?] then meeting pulak aihh...then hatiku walang or rawan [rasa tak besh arr...nothing seriyes so don't ask me y ai feeling2 rawan/walang tu wahai orang2 di sekitar okeh...it's about work biasa la rasa tak besh je semedang so harus feeling2 syukur ok] then after all the gila and hectic things lets 'coci mata' kasik bersih wif RJ n PG...lets2!

tengah2 coci mata tu memang la ramai 'lauk' yang boleh buat stok [to Ratu Ketayap aka RK stock u takde this time!] so we had a conversation:

RJ:ape ni geget straw?!ai tau la u nak seduce that guy kan?[kat situ ada mamat ok la muka pakai suar pendeks taste ai [sexy kowt?] haha!matikla!

Me:Ha??!!seducing him?eh helo...kot ye pun nak seduced ai coci2 mata saja okeh..mana ada geget2 straw ni seduce2 orang..gila la u RJ!*mo cover la kan....ko tgk2 mamat tu..but seriyes geget straw nak seduce??hahaahhaa!

RJ:omg!dia pun sama geget straw?eh bukan!geget sudu plastik!sama lak instinct dengan u sama seduce each other!hahahaha!

Me:Excuse me!ai geget straw because of my habit ok?dia geget sudu tu tak cukup air ke?

RJ:hahahaha!tak la kowt sebab nak tahan habit tak hisap rokok kowt?

Me:bagus la mamat ni tak isap rokok...tapi ade ke orang rela gigit sudu sebab nak tahan habit..*memandai je...

then,terus nampak dia ambik lighter then ape lagi his roks la uols!

RJ:wah...chemistry githew ..dia leh tau ape u fikirkan ....

Me:bukan la...maybe dia bisu kowt..so dia leh baca pergerakkan mulut kita...



and masa di saat ai nak balik still lagi kot dia geget2 sudu tu...aiyoo!!reject okeh!

PG pun ada dalam this conversation..tapi dia tak mampu menyampuk..hanyalah dia mampu menggelakkan diri sahaja...orang-orang di keliling dah tak kisah dah...ada aku kisah?arini penuh dengan ari serabut,selebet dan segala sele lagi..so harus hiburkan ati!


p/s:esok lets sambung sun bathing!



Buyui