Tuesday, January 17, 2012

cerita baru dan lama

Semalam aku bukak berita. Pasal kisah pelajar USM dilepaskan [ye kan dilepaskan tak silap aku, ish kata tgk berita pun tak concentrate. haha!] atas pergi buat kerja bodoh ugut [ugut la tu] cakap nak bom helikopter PM [ape ke bangang, mampu ke ko nak siap sedia bom segala sengal, silap2 kau belajar kalkulus pun tak khatam lagi, ada hati nak bom segala] dekat status FB dia. Tak leh blah ajak kawan lagi tu, ade pulak kawan2 dia bingai pergi ikut like tu. Aku namakan kumpulan diaorang ni kumpulan bangang. Inilah dia salah guna media social [wah githew]. Dari kau ajak kawan2 bangang kau tu pergi like benda yang merepek baik kau create event buat 'acara qiamullail' kat surau asrama tempat kau belajar. 

Cakap pasal qiamullail aku ada kisah, masa tu aku final year, muka2 sisa-sisa geng 'jerung' belajar tak grad2 lagi ni kena la attend qiamullail sekali la dengan juniors semua masa tu. Oh bukan pergi setakat masjid dekat2 ye, ke PD okeh. Kalau zaman student kira habis hebat la PD, Genting , Melaka tu. Kahkahkah. Ade ke PD dia buat qiamullail tu? Pada geng jerung tak hensaf2 lagi ni memang liat la dah nampak word qiamullail tu [astagfirullahalazimmm] tapi department paksa/wajib kitaorang pergi siap ugut "sapa tak pergi tak boleh grad". Ape ke lahabau punya ugutan masa tu. Mcm tak logik pun ada. Takkan la kan pasal ko tak attend qiamullail kau tak grad? So aku sebagai feeling ketua 'jerung' aku cakap . "Ok , we go tapi kita anggap as HOLIDAY". Nasib baik aku tak kena panah petir masa tu. Hahaha! So we went there [now baru aku fikir mana hala la department aku dapat duit untuk semua tu siap duduk Sri Malaysia [hotel la jugak kan, masa tu Avillion baru tengah construct] tapi malam nak qiamullail tu aku siap cabut lagi telefon so AJK tak boleh call kejut. Ya rabbi jahat gila. Macam- macam geng2 aku buat malam tu which obviously la schedule 'jerung' kan? Hampunnn la....siap masa balik tu, muka semua orang hensaf kan dapat makanan jiwa rohani terisi tapi muka2 aku dan geng2 semua macam orang baru balik HOLIDAY. Haru.

Wah...aku teringat dulu masa aku belajar dulu rajin gila monteng usrah. Hahaha! Korang tau la kalau duduk asrama dekat U ni mesti ada akak2 tudung labuh [laki pun maybe ada abang2 ustaz] ajak kau pergi usrah. Nama je bilik aku tu depan surau [syok oo usha abang2 baik2 pergi surau sampai pecah la tingkap bilik aku tu punya la usha, hahaha] tapi bila akak [aku lupa la nama ape tah akak tu] datang ketuk pintu nak ajak p usrah, aku boleh amik selimut konon demam tak boleh bangun yang kawan aku sorang lg menyorok dalam almari. Ya rabbi, tengoklah hasilnya sebab monteng usrah nangis aku rasa kalau akak tu tengok aku sekarang ni. Hahaha!

Tudiah dari nak cerita pasal budak USM tu dah melalut ke cerita usrah la qamullail la. Hahaha! Cakap pasal budak tu ugut2 nak bom2 tu kan aku teringat lagi masa zaman aku belajar. Masa ni aku dah memang ahli kumpulan 'jerung' dah, masa monteng usrah tu aku still  group 'ikan bilis' [matiklah baru 'ikan bilis' dah berani monteng] so masa ni ada la kan sorang budak ni anak org kaya. Kira kalau zaman tu sapa ada kereta walaupun kancil karat pun kira hebat dah. Tapi budak ni memang anak orang kaya la, first car dia pun dah brand Kia [ko mampu zaman student gonjeng pakau kereta brand selain kancil?] so ahli group aku ni ada la macam main2 la bukan betul pun cakap "Aku nak letak bunga api [sila imejin bunga api macam New Year tu] bawah kereta dia biar meletop'. Bahaha. Motif bukan la dengki sebab kereta dia besau tapi ada lah kisah nya sebab kawan aku tu memain cakap camtu. Kahkahkah.

Nak jadi cerita, anak orang kaya ni dengarlah. Sentap mak nak dengar orang nak letup kereta dia kan...? Terus malam tu aku pergi la dia invite datang rumah dia for some sort like jamuan or open haus camtu lah. Dia boleh tak jemput budak yang ugut nak bunga apikan kereta dia tu. Hahahah! Pitam la... sampai tahap camtu sentap hah. Kot ye takkan la bebetul la nak letupkan kereta orang kan. Ape kau gila? Tapi kes budak USM tu memang la gila. Dik, ini bukan kes ugut kawan kau sendiri. Ini PM ko tau tak? Sebab pucuk pimpinan [wah aku dah feeling wanita UMNO sangat] dia orang la kau merasa belajar kat situ dik. Kalau tak, entah mana hala la kau tercampak sekarang ni. ppreciate la sikit. Belajar kasik abes, lepas tu kau nak menegakkan ape yang kau nak tegak silakanlah... sapa nak halang kalau kau betul nak membantu rakyat sangat kan....?

Aku dulu masa belajar piliharaya wakil pelahar pejadah tu malas aku nak amik port. Seingat aku sekali je kot aku berhiya tu pun sebab manusia yang aku gila2kan sangat tu masuk bertanding. Wahahahah! Lepas tu koser mak nak nak beratur bagai . Baik aku beratur bayar tiket wayang kat midbeli masa tu lagi bagus. Or beratur amik tiket wayang free amik dari keratan akhbar tu [punya panjang aku sanggup beratur] lagi baguih. Heh.

p/s: kepada sesiapa yang kenal watak dalam cerita aku ni diam- diam sudeh. Kalau kata watak tertentu yang diperkatakan baca cerita lama aku ni, ye cerita ini ada kaitan dengan hidup awak tapi taklah sampai kena dengan mati awak. cerita ini tiada kaitan dengan hidup dan mati

Buyui

1 comment:

sk said...

Hahaha.. Keta Kia tu sy tak penah terpk nak letupkan sbb keta tu la tmpt sy menumpang nak gi kelas luar fac kat APM nun. hahaha

Yg psl gi PD tu mmg sy tak penah tau. Tetibe buat qiyamulail.. sape nye idea tu? hahaha