Tuesday, February 21, 2012

Nak ke tak nak? Ni bukan kempen anti merokok

Lately ni aku blog hop sana- sini, yeah zaman super duper bz aku dah berlalu. Now aku kembali menyangap. Adalah kerja sepicis dua (ya Allah betul ke sepicis dua tu?haha!) tapi tak perlu tekun sangat by dateline baru aku pulun (dasarrrrrrrrr last minute) #sajanakbagitahufaktatakpentingni

Jadi aku banyak bloghop blog- blog orang yang duduk di luar Malaysia sekarang ni. Ada yang students and ada yang kerja kat sana atas arahan negara. Gitu kan? Bila aku lama- lama membaca blog depa ni, mostly orang yang bekerja lah aku relate dengan situasi aku sekarang, kerja duduk jauh dari keluarga semua. 

Terlintas di fikiran aku;

"Bestnya duduk kat oversea, boleh lari dari masalah kat Malaysia ni (mcm aku ni hutang Ah Long pulak)"

"Bestnya main salji"

"Bestnya bila weekend jalan sana - sini tengok tempat orang"

"Bestnya ada kawan- kawan macam adik beradik sendiri"

Sampai aku boleh utarakan dekat RJ ;

"Saya nak duduk oversea la"

Sekli RJ cakap "Anda, aritu duduk Jepun baru sebulan pun dah hari- hari mengadu dekat saya nak makan itu ini, google resipi lah ape lah, nak lagi duduk sana?"

Kan??

Aku teringat balik kesengsaraan aku duduk Jepun walaupun sebulan je tu.

Tapi.......... tu Hokkaido bumi yang melayu pun ko susah nak jumpa bagai. Kalau Tokyo ok what??(Nak gigih lagi tu nak jugak duduk oversea)

Tapi sejak adik aku takde rumah ni (hai lah adik aku ni pun holiday sampai tak ingat pangkal jalan) bila balik kerja je aku termenung dengan apa yang RJ cakap, apa yag aku dah rasa and timbal balik dengan keinginan aku yang tetiba ni. Cepat terpengaruh sungguh la.

Bukan aku tak pernah merasa;

"Salji tu nampak je best, tapi bila nak jalan kaki, kasut ko salah pakai ko tergolek puluh kali tu tak ke payah?"

"Malaysia ni panas, nah amik ko sejuk dengan angin yang sejuk tu sampai ke tulang pipi ko, tak kehazab?"

"Makanan.....???". Tak payah explain banyak- banyak buat bergenang air mata je. Drama la kau ni B!

"Bahasa.........". Ok tu k lagi jangan duduk Jepun. Kita duduk tempat orang tau english. Tetiba kan?

"Budaya"- alah duduk Malaysia pun bukan ko berzapin all the time kan?So far aku tak ada masalah dengan yang ini.

"Agama"- Insya Allah semua ini bumi Allah. Dia sentiasa ada. :)

And lepas habis aku khatam blog- blog orang- orang ni, memang la aku jumpa entry- entry semua nak balik negara sendiri tak nak duduk sana.

Macam yang aku pernah pikir masa duduk kat Hokkaido dulu "Kalau setakat ko melancong abes kuat 10 hari tak sama seronoknya dengan ko kena duduk sampai 4-5 tahun di bumi asing,"

Yes, nampak je seronok. Hakikatnya tuan punya badan aje yang rasa macam mana kan?

So, berbalik pada soalan aku tadi, aku nak ke duduk luar dari Malaysia?

Emm, kalau dipaksa kena lah kot. Volunteer?? Tunggu sampai aku kena paksa baru aku buat.

Buyui

4 comments:

jejaka anggun said...

ok jer lah duduk kat overseas... 3-4 thn kot aku ulang alik serata negara dulu. habis satu buku kalo aku buat novel....

Buyuiazliana said...

masa kat sana ko x menulis? ke ada?

nqr said...

hehehe.. aku harap ko x terbaca la aku meroyan bebukan pasal nak balik malaysia. nak makan itu ini.benci dgn sistem negara poland. pastu benci dgn mentaliti org putih ni tgk aku.. terus cop aku asian haprak sedangkan dorg tak terpikir gaji aku leh tanggung gaji ko dua tiga bulan. realiti mcm tuh la.. kadnag kadang aku sentap org tegur aku as org vietnam atau myanmar.. puiiii!

Buyuiazliana said...

hahaha...nk bitau ni pasal bc entry ko la aku merasa2 nak duduk oversea tu..haha! lepas tu aku bc lak ko meroyan2 nak balik buat aku trigt aku meroyan2 nak balik mesia masa kt jepun dl..dasarrr org kpg x jumpa nasik sehari nak mati dh rasa...hahaha!

psl mentaliti tu pn satu hal, aku tercampak kt sana tempat sekoq org islam payah nk jumpa..dh sume pelik2 sbb aku pki tudung...merasa la kejap aku jd wierdo..ah gasak ah! hahaha!

org poland ni biar betol x byk tgk documentary kot..org vietnam tu mato sepek2 ha.... myanmar tu kulit gelap2 sikit..apehal ko mcm org sana lak? isk isk... bertabahlah.......