Wednesday, February 29, 2012

Senjata bila stres

Aku suka kalau stres mengadu dekat MM.  Or even my closest friends yang macam family aku sendiri like Kak Shma (tapi kadang- kadang Kak Shma selalu bagi solution sengal, hahah) or others like J (kalau ada masalah kerohanian boleh cari dia, sesuai).

Tapi kalau ko rasa nak hilang stres kau by gelak masa- masa tu jugak ko cari la MM. Dia memang pakar rujuk yang terbaik. Hilang stres.

Tadi aku cerita dekat dia. Aku stres. Cerita punya cerita sekali dia macam seorang kaunselor dia cakap ;

"U tahu apa SENJATA nak selesaikan masalah?"

"Ape? DOA"

Pastu aku pun gelak dia pun gelak. Bukan aku nak gelak keajaiban berdoa tu. (kalau ko rasa kau ustazah and tak boleh nak terima apa aku cakap or dalam hati ko kata "eh dia ni, doa tu kan ikhtiar, senjata dalam menyelesaikan masalah, tak belajar pendidikan islam ke dia ni macam aku?". Aku mintak sila awal- awal jangan baca dah blog aku ni.. Blog aku ni nak lepas apa aku rasa bukan nak berdakwah kat orang pun).

Tapi aku gelak sebab tetiba aku rasa aku macam Ustazah sangat feeling alim and begitu jua MM .

Tapi MM cakap SENJATA itu ialah MENANGIS.

Aku pun terfikir. Ye tak ye kan, perempuan apa- apa pun menangis. Sikit- sikit menangis, lelaki pun kalau tengok perempuan menagis pun jadi lemah. Cepat kesian. Mission accomplish!

Aku teringat dulu masa sekolah. Kalau cikgu marah sangat- sangat, amukkan pun tak menjadi last- last dia menangis. In front of the students. Angkat beg , buku rekod , blah! Tapi make sure anak- anak murid nampak kita meleleh air mata. Belum abes waktu dah kuar kelas. Cikgu mengular ni. Hahahaha!

Nanti anak murid akan rasa bersalah. Susah hati cikgu merajuk . Cikgu umur 40 tahun pun merajuk dengan anak murid umur 16 tahun? Wth? Ok aku paham memang ada sampai masa cikgu pun pissed off dengan perangai students. Tapi lari keluar kelas like that? Itu we call it DRAMA ok cikgu.

Aku teringat masa aku jadik cikgu dulu, ada sorang cikgu ni. Dia sangat stres. Cikgu banyak keje wooo... jangan ingat cikgu seronok bila cuti sekolah tak payah pikir cuti lulus ke tak, bila cuti panjang boleh plan pergi Vietnam, Bandung dan Jakarta aje. Jangan ingat jadi cikgu ni seronok sebab tokei kedai kain ela boleh kenal kau so boleh dapat diskaun sikit. Eh terlebih pulak aku. 

Di samping kehebenan jadi cikgu itu ada juga tekanan- tekanan yang perlu dihempapkan ke atas kepala jemala mereka ini. Aku dulu paling stres nak tulis lesson plan tu. Hari- hari woo kena hapdate. Sangat dan amat bosan. Belum lagi kira kau nak kena tanda buku. Belum lagi kira kau nak kena update fail PEKA . Tu bukan fail peka kepada pembelajaran anak murid kau ye, tu fail amali sains kau tu, ada fail hujung tahun amik markah nanti boleh membantu markah kau dalam PMR, SPM nanti. Bukan juga fail pekak ye.

Tu belum lagi cerita kau nak kena buat minute mesyuarat, kau nak kena attend mesyuarat di kala kau seharian naik turun tangga kelas tingkat 3 dari pukul 8 sampai pukul satu tgh hari kalau waktu pack lagi macam nak tercabut kepala lutuit, dengan lagi nak jalan kaki pergi kantin lagi (lauk kantin cikgu sedap kalau sekolah dapat tender org masak sedap) lepas tu tgh hari terik kau nak kena attend meeting pulak dah, kepala jemala nak pikir lauk ape nak tapau bawak balik anak balik sekolah nak makan karang ni, karang nak amik anak sekolah nak antar pergi tusyen la kelas KAFA la ape la. Bebaban jadik cikgu memang membakar diri di panas mentari menerangi yang lain. 

Jadi bila bebanan - bebanan begini menghimpap diri, akak ni tadi dihimpap lagi dengan tugasan- tugasan seperti guru kelas, guru ini guru itu, dah sekolah nak buat hari sukan pulak ke sana ke sini berlari bekejaran maka dia adalah stres! Korang tau macam mana dia hilangkan stres tadik?

Iye......menggunakan SENJATA yang digunapakai macam MM cakap tadi. Menangis. Tetapi...............!!!! 

Bukan menangis hik hik hik (bunyik terisak - isak bukan bunyi ketawa kecil pura- pura ayu tu) dia MENANGIS MELOLONG....IYE ORG KEDAH CAKAP KERIYAU....!!End up, pengetua lepaskan bebanan kerja yang menghimpap kepalanya dan himpap kepala orang lain pula. 

Umo 40++ kau melolong depan ofis sekolah macam budak tak dapat aiskrim?

Mampu?

Hebat kan? 

Hebat!!

It works!

Buyui

4 comments:

FVN said...

makan aiskrim.. hahahaa

Buyuiazliana said...

kenapa aku rs ko pikir kotor bila sebut aiskrim?hahahahaha!

jejaka anggun said...

cube lah nangis depan aku... mmg aku hencap lagi kot! ngengada!

Buyuiazliana said...

cengei!