Monday, June 13, 2011

Ada udang di sebalik meatball

Peace yoo!!

That day masa aku tgh dok mengangkang depan tv sambil makan nasik lemak sedap aku baru beli [situasi:bukan pagi tapi petang , kesimpulan: pikir la sendiri perut aku kategori ape?] dtg la jiran aku ni, memula aku igt jiran sekali hasil telinga Kak Nam aku ni rupanya akak ni dah pindah umah dah so dia ex-jiran [teka lagi:jiran jenis apakah aku ini?]

so, lps salam semua aku angkat bungkus nasik lemak tu sambung m
akan kat dapur. So akak tu sambung sembang ngan abah aku. Aku sekali lagi on radar Kak Nam aku tarik antenna panjang2 sikit dengar le sambil mulut sibuk mengunyah sambil mengangkang kat dapur. eh?aku bukan Prema Yin.

Rupanya akak ni mintak nak buat talk pasal isu makanan halal tapi tak halal tu. kat staff bapak aku. Alah kan semua isu ni. Aku pun mcm pelik la , radar aku pun getar2 masa tu sama pelik ngn otak aku mcm tgh berfikir. Aik?Sampai nak buat talk. For free?Mana ade barang free dah zaman ni. Bak kata MM tadi kat aku, "My mom said free thing is a thing from ur mom" Kannn?

Aku ni nak tanya banyak lg ni, tp memandangkan aku dah la pakai seluar pendek je kat umah dah kang aku terjah je ke depan mau abah aku jegil mata dia mampos aku. So aku diam je la sambil membetulkan radar bagi clear lagi. Yang bestnya dia ni main cakap "Abg Din nanti Selasa saya mai bagi ceramah tu" La...bukan ko ptt cakap "Abg Din nanti saya nak buat ceramah tu, agak2 bila free?Ni surat application," Baru la betol. Ini ko mcm nak terjah office orang macam ko terjah umah aku ni apehal kak?Hasil dari radar mata Kak Nam aku lak aku tgk surat dia amboii pengurus kauuu.....dasat...!!

Aku tgk abah pun cam malas nak layan je.
Rupanya dia nak bagi ceramah tu pasal isu makanan halal tak halal tu intro je korang, hasil Kak Nam adik aku lak rupanya dia lepas tu nak promote jual produk susu dia dijamin halal seratus peratus. Ceh aku agak dah...aku agak dah....takkan la ko macam ala2 Ustazah Bahyah nak buat ceramah dari masjid ke masjid kan?Mana ade benda free dah zaman ni?Kalau setakat ko nak cerita pasal isu makanan halal tak halal ni google je lah ape dehal nak ceramah2 bagai kan?Cett ade udang dalam meatball rupanya...

p/s:astro oasis nak buat program ala2 imam muda tapi untuk pompuan nama dia Ustazah Terpilih. Korang agak aku boleh menang x?Haha!


Buyui

4 comments:

jejaka anggun said...

apabende lah dia org nih... bukan dlm Islam, wanita x perlu nak menonjol sgt ker? duduk diam2 di sebalik jilbab. suara tuh aurat kan...

buyuiazliana said...

JA: ko komen psl Ustazah Terpilih tu kan?entah la nak ckp beb

MarriageForIdiots said...

buyui nak tgk imam muda je, sbb jantan,kan. U pakai shorts macam dlm gambar kat fb yg masa you kecik suap adik u makan, ke? saje je kan nak canang pakai shorts.(sbnarnya jeles da xle pki shorts lam umah sbb MIL xapprove).Keluar bilik pki spender je baru tahu.

buyuiazliana said...

MM: ops ape ni bising2? syooh2..haha