Tuesday, November 1, 2011

new system, is it good?

aku harini seharian blog hoping. macam-macam blog aku baca, ade some aku dah update dekat sini. sapa suka klik je lah, kalau tak suka, ucapan aku:okethanxbai!

Hasil dari aku baca-baca tu keluarlah satu cerita pasal seorang ibu bercerita yang anak dia nak exam, harapan seorang ibulah la kan, nak anak dia score exam [even aku rasa anak dia ni baru dalam darjah 1/2 je baru] then si ibu ni cuak la anak dia tak boleh nak score nak-nak lagi sekarang ni diperkenalkan sistem KSSR menggantikan KBSR.

So aku yang terlebih rajin ni pun googling la , so aku find out sistem ni macam sistem markah yang dicarry forward la, mengikut apa aku paham la, kalau salah sila betulkan. yang aku pasti 40% akan digunakan masa budak ni amik UPSR masa dia darjah 6 ni nanti. means dari ko darjah satu sampailah ke darjah 6 sistem pemarkahan tu dah diambil kira. Ha cuak tak dengar!

Aku dulu masa dekat U pun pakai la sistem carry forward markah ni. Tu pun kantoi wei...[read:aku malas ], tu aku yang tua gedabak ni main-main memang tau salah aku pun, tapi senang cakap ko kena struggle all the time la supaya ko mendapat markah yang baik di kemudian hari.

Tapi.......... cuba ko bayangkan cara tu disuruh apply kepada budak darjah 1 ni? Ok korang pikir balik, masa ko darjah 1 dulu ape yang ko buat? Ade tak pas abes sekolah, ko pergi kelas KAFA [zaman aku dulu kelas mengaji quran] , malam tu ko pergi tusyen lak?Aku ulang ye...TUSYEN!! Ok bagi eja betul-betul T.U.I.T.I.O.N !!! Ye, ini kepada budak-budak darjah 1 aka 7 tahun. Iye, ade parents akan cakap "I kena hantar la anak I umur 7 thn pergi tuition, sebab I kerja kalau biar dia duduk rumah dia akan main je tak belajar,". Kenapa jadi macam tu? Sebab , dekat sekolah dah ada dah budak ambik exam ada no 1,2,3 dan tahun ni ade markah yang akan diambil untuk dia punya UPSR yang lagi 6 tahun tu! Tak ke tertekan parents kalau fikir-fikir macam tu. Nak tak nak terpaksa la dia hantar anak dia pergi tuition kan? Tapi fikir balik lagilah kesian kat anak kecil yang umur 7 tahun tu. Tertekan gila la hidup. At least kot yer kita nak hantar anak pergi tuition tu untuk learn something for having fun tak lah terasa tertekan sangat berbanding kena struggle sebab nak markah yang elok so that senang di kemudian hari. Gila la kesian aku kat budak2 sekarang ni....

Aku pun pernah jadi cikgu tuition. Di tempat tuition tu pun memang dah ada dah kelas for budak tahap 1 [darjah 1-3], masa tu pun aku dah geleng-geleng kepala dah. And even ada jugak kelas untuk budak umur tadika ok...... gila ape buat tuition untuk budak tadika , bukan pergi tadika tu untuk seronok-seronok main dengan cari bf ke? Eh! Tu aku... hahahahha!

So hopefully nampak la sinarnya sistem KSSR ni kepada pelapis-pelapis negara ni. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara lah hendaknya.. Ewah!!

Buyui

5 comments:

azataq said...

hoish....kesianya anak2 aku...lol...

jejaka anggun said...

anak buah dato K darjah 1/2 kat US sana xder pun nak gi tuition. elok jer g skolah. pandai jugak. sistem pembelajaran kot...

sharifah rosidah said...

Nasib aunty dah tak ada anak kecik lagi kalau tak tension aku nanti, yang bungsu pun ambik SPM tahun ni alhamdullillah.

Buyuiazliana said...

Cher : good luck!

JA : tu la...cara mengajar dan belajar and minat tu penting

aunty : nnt pening cucu2 lak..hehe

Anonymous said...

kesian budak2 zaman sekarang. Aku dulu mana nak ingat tution ke jadahnya. balik ke sekolah terus campak beg main sampai petang. Minggu depan nak UPSR minggu ni baru bukak buku.

aku rasa sistem pembelajaran kat malaysia tak fun banding kat negara omputih.